Berita Gembira, Kerajaan Turunkan Semua Harga Kereta Sebanyak 20% ?

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin sasaran penurunan harga kereta sebanyak 20 peratus pada akhir 2017 boleh dicapai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata purata harga semua model dan varian kereta di negara ini telah turun sebanyak 12 peratus sejak 2013.

“Pada 2013, purata harga kereta berkurangan sebanyak lima peratus, dan tahun lepas, ia terus turun sebanyak tujuh peratus, memberi manfaat kepada 72.5 peratus pembeli,” katanya pada sidang akhbar semasa taklimat perkembangan terkini Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 di sini, Jumaat.
Beliau berkata perbandingan itu ialah antara harga atas jalan yang baharu dan sebelumnya.
Mengenai NAP, beliau mengulangi bahawa objektif utama dasar tersebut adalah untuk mengubah Malaysia menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV) Asean menjelang 2020.

“Objektif lain adalah membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan dan teknologi berkaitan seperti kecekapan bahan api, bahan material ringan, telematik, perkakasan dan reka bentuk komponen,” katanya.

Menyebut contoh penurunan harga kereta, beliau berkata Perodua mengurangkan harga Myvi sebanyak 11 peratus, Proton sebanyak 13 peratus bagi Proton Saga, dan Honda sebanyak 17 peratus bagi ‘Jazz’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana