Ahli PAS Bantai Presiden Sendiri....'13 Mei' Gambarkan Pemikiran Hadi Sempit, Kata Ahli PAS

KUALA LUMPUR 30 Jan - Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana