2 Pusat Beli Belah di Sibu Jadi Sasaran Tembakan

SIBU 31 Jan - Dua pusat membeli-belah di sini menjadi sasaran tembakan semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, tiga das tembakan dilepaskan ke arah Wisma Sanyan di Jalan Sanyan sementara sedas tembakan lagi disasarkan kepada pasar raya Premier di Jalan Kampung Nyabor.

Beliau berkata pihaknya percaya kejadian berlaku malam tadi tetapi dilaporkan secara berasingan pada jam 1.15 tengah hari dan 4.15 petang tadi.

“Motif kejadian belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang sama,” katanya.

Kamal berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Sentral Sibu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana