Wee Ka Siong 'sound' Lim Kit Siang...

Sejak banjir bermula, Lim Kit Siang tak henti-henti memperlekeh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) terutama UMNO. Selama ini pemimpin BN buat derk saja pada harimau tua DAP itu.
Ini kerana mereka sedar, buat perabih boreh aja kalau dilayan si Kit Siang itu. Makin dilayan makin menjadi gamaknya.

Tetapi rakyat dan penyokong-penyokong kerajaan melalui media sosial dan FB tak putus-putus membela dan menjawabkan untuk mereka. Bagai nak rak Kit Siang kena hentam kiri kanan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong bila diminta komen tentang perangai Kit Siang itu tersenyum sinis.

"Dia tuding jari kat orang terkena batang hidung sendiri! Saya nampak dalam Twitter dia terjerat.

"Bila dia mula-mula kutuk orang tak balik dan itu ini, anaknya sendiri entah ke mana. Soalan itu sampai hari ini dia tak jawab langsung," kata Wee.

Wee ditemui oleh Agendadaily semasa melawat Pusat Penempatan Mangsa Bencana Banjir di SK Kota Dalam, Air Hitam, Johor pada Sabtu.

Wee berkata dia malas nak melayan karenah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Kit Siang kerana banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dilakukannya.

"Ini bukan waktu berpolitik. Tak kira pembangkang ke BN ke, sepatutnya sama-sama kena turun membantu mangsa.

"Apabila saya ke Kelantan semalam, saya tengok macam mana seorang mangsa berusia 80 tahun memeluk kita dan menangis kerana mendapat sebotol air.

"Betapa besarnya penghargaan mereka terhadap pemberian sebungkus roti, sekeping biskut.

"Mereka memang dahagakan bantuan ini. Mereka ada duit tapi tak boleh beli sebab tak ada bekalan. Keadaan memang teruk. Seharian berada di Kelantan dan Terengganu dan saya dapat merasai keperitan mangsa di sana.

"Senang-senang aja dia menuduh. Kalau boleh turun padang, turunlah. Kalau tak boleh turun, kita sama-samalah doakan mangsa. Tak usahlah cakap siapa pergi dan siapa tak pergi.

"Orang sibuk tanya mana pergi pengerusi BN tapi Ketua Umum Pakatan mana? Dia tak tahu di mana," kata Wee lagi.

Menurut Wee sikap pembangkang seperti itulah yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya pada ketika pemimpin pembangkang sibuk membebel, pemimpin nombor satu dan dua BN sudah turun padang dan menteri-menteri bertungkus lumus meredah banjir membantu rakyat.

"Tengok sahaja Tok Pa. Hari-hari dia di sana," tambahnya.

Menurut Wee sejak mula banjir, menteri-menteri kabinet sentiasa berkomunikasi melalui whatsapp.

"Kalau perlukan ubat, kita teks saja kepada menteri kesihatan dan dia akan hantar. Mana yang minta bantuan S.O.S kita hantar kepada MKN. Dengan cara itu baru kita dapat memantau dengan baik.

"Kita perlu lebih ramai volunteer daripada pengkritik. Kita selamatkan orang dulu. Jangan banyak cerita yang lain.

"Kita (BN) tak pernah soal pun siapa bercuti dan di mana perginya pemimpin itu dan ini. Bila kita kerja janganlah menuding jari yang bukan bukan," tambahnya.

Menurut Wee, sejak 2008 kerajaan BN sudah ada S.O.P untuk menghadapi bencana banjir.

"Semalam bila berlaku sahaja banjir kita segera bertindak dan kita sudah ada SOP dan pada hari ini dua pusat pemindahan banjir sudah dibuka di Air Hitam, iaiti di SK Kota Dalam SMK Suria Perdana.

"Setakat ini ada 26 keluarga dan 81 orang mangsa di SK Kota Dalam dan di SMK Suria Perdana ada 11 keluarga dan 41 mangsa.

"Kita sudah minta JKKK berjaga-jaga dan selaku Ahli Parlimen, saya sudah pastikan bekalan makanan ada stok sekurang-kurangnya untuk satu minggu."

Menurut Wee, Unit Tanggungjawab Korporat Sosial (CSRM) di bawah MCA Johor sentiasa memantau kawasan yang perlukan bantuan terutama daerah Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.

Wee berkata, dia telah mendapat laporan bahawa Empangan Bekok pada Sabtu berada pada paras 15 meter dan langkah berjaga-jaga akan dibuat apabila sampai ke paras16.5 meter. Paras bahaya empangan berkenaan ialah 17.5 meter.

Katanya lagi, selepas lawatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Gua Musang kelmarin, parti itu telah menghantar bekalan makanan seberat 12 tan dari Cameron Highlands.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana