Tumpahan minyak dikesan di perairan Tanjung Pandan

KUALA LUMPUR: Dua tompokan minyak dikesan di perairan Tanjung Pandan, iaitu lokasi terakhir di mana pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terputus hubungan semalam.  

Ia dikesan oleh pesawat Hercules Alpha 1319 milik TNI AU yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat QZ8501.

Bagaimanapun, usaha sedang dilakukan bagi bagi memastikan sama ada ia daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang semalam, menurut laporan media Indonesia.

Detiknews melaporkan dua tompokan minyak itu dapat dilihat ketika pesawat Hercules itu melalui kawasan berkenaan pada jam 2.35 petang waktu tempatan (3.35 petang waktu Malaysia).

Laporan Metrotvnews.com pula menyatakan pasukan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia bergegas ke lokasi berkenaan bagi mengenal pasti punca tumpahan minyak berkenaan.

Menurutnya, belum dapat dipastikan sama ada tumpahan minyak itu berasal daripada pesawat Airbus A320 yang hilang sejak semalam kerana wilayah Selat Karimata itu adalah laluan sibuk kapal dagang.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu hilang pagi semalam ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan hari ini dengan membabitkan pelbagai aset tentera Indonesia, Malaysia, Singapura dan Australia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana