Stopa Ali Terhegeh Hegeh Plak!!!! DAP atau PKR tidak boleh keluarkan PAS daripada Pakatan

SHAH ALAM: Mana-mana parti komponen dalam Pakatan Rakyat tiada hak menggantung atau mengeluarkan PAS dari gagasan itu, tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Tidak ada siapa dalam Pakatan Rakyat ini boleh mengeluarkan sesiapa. Tak ada parti komponen boleh keluarkan sesiapa. Tak boleh.

"Kalau berlaku, siapa-siapa yang tak senang dia sendiri keluarlah. Macam apa yang berlaku pada DAP pada tahun 2001 dulu semasa Barisan Alternatif," tegasnya ketika diminta mengulas saranan pemimpin DAP Gobind Singh Deo supaya Pakatan Rakyat menggantung PAS daripada gagasan itu.

Sabtu lalu, Gobind mengejutkan banyak pihak apabila mendesak agar PAS digantung keahliannya dalam Pakatan Rakyat kerana terus berdegil mahu melaksanakan hudud, meskipun agenda berkenaan tiada dalam kesepakatan bersama gagasan itu.

Kenyataan Gobind dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak PAS menolak hudud jika ingin menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah seminggu kemudian, Lim lantang berhujah, jika PAS nekad mahu melaksanakan hudud di Kelantan, ia adalah penghinaan kepada Pakatan Rakyat.

Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud itu meskipun mendapat tentangan DAP.

Katanya, ini kerana ia adalah menjadi tanggungjawab PAS dan pelaksanaannya tidak boleh ditangguhkan lagi.

"PAS dah tetapkan itu tanggungjawab PAS, ini bukan perkara yang boleh dibuat pilihan sama ada boleh atau tidak (laksanakan), kita kena buat.

"Hudud ini macam fardu kifayah seperti (dan) menunaikan Haji iaitu wajib dibuat. Siapa yang mampu dia kena buat. Jadi, PAS merasakan di Kelantan dia dah dapat persetujuan dari Dewan Negeri dan menjadi tanggungjawab dia untuk melaksanakannya," ujar Mustafa.

Bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang harus diselesaikan dan segala ketetapan bergantung kepada Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan.

"Tetapi, ada perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan ia bergantung kepada 'technical committe' Kelantan-Pusat yang ditubuhkan. Jadi, perakuan itulah yang akan diguna pakai dalam proses pelaksanaan ini yang macam mana hendak dibentangkan dalam Parlimen.

"Dari segi pelaksanaan PAS akan terus mengikut proses-proses yang selari dengan kaedah demokrasi itu," katanya.

Sehubungan itu, Mustafa menegaskan PAS tidak pernah lalai dalam matlamatnya memperjuangkan kepentingan rakyat malah ia seiring dengan usaha parti melaksanakan hukum hudud.

"Semua penting. Keperluan rakyat pun penting sebab itu kerajaan sedang melaksanakan dan ia 'on going'. Masalah keperluan rakyat itu 'on going' dan ia berterusan dimana pelbagai program dilaksanakan. Masalah rakyat ini tidak akan selesai sekali gus dan ia akan berterusan.

"Mana ada sebuah sebuah negara atau negeri yang keperluan rakyat itu selesai semua sekali tetapi banyak perkara yang dah selesai. Jadi, hudud ini pun salah satu perkara yang menjadi kewajipan. Malah, bukan hudud saja menjadi kewajipan PAS.

"Keperluan rakyat ini banyak...ekonomi perlu, pendidikan perlu dan pendidikan di Kelantan antara yang terkedepan sebenarnya. Jadi, benda-benda lain pun dibuat. Bukan kata hudud dan yang lain tak buat...tak betul. Yang lain sedang dilakukan manakala hudud masih dalam proses," jelasnya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu fokus pada perkara yang lebih mendesak bukannya tergesa-gesa dalam melaksanakan hudud.

"Kita selalu menyebut, kita ada perbezaan dari segi dasar jadi masing-masing perlu menghormati dasar parti yang menjadi rakan kita.

"Sebaliknya kita tak boleh paksa dia kena setuju dengan kita, tetapi dia tak boleh paksa kita supaya tinggalkan dasar kita...tak boleh," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana