RUPA-RUPANYA NAJIB ABDUL RAZAK DIPERLUKAN UNTUK SELESAIKAN SEMUA MASALAH DI NEGARA INI!!

 Payah rupa-rupanya menjadi Najib Abdul Razak yang bertugas sebagai  Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia semakin ramai yang banyak lemak sampai lemak sudah naik ke otak sehinggakan mereka tidak nampak apa-apa atau sesiapa melainkan Najib Abdul Razak.
Banjir di Kelantan... SALAH NAJIB!!!

Hubungan terputus dan bekalan kecemasan sukar dihantar... SALAH NAJIB!!!
Konvoi bantuan bekalan makanan  dan keperluan polis serta tentera tak sampai ke kawasan terjejas... SALAH NAJIB!!!
Air naik sampai ke tingkat tiga bangunan sekolah... SALAH NAJIB!!!
Tak cukup dengan Najib, ditanya pula mana menteri-menteri yang lain. Kenapa mereka tak ada. Kenapa mereka tak ketuai rombongan penyelamat? Kenapa tak sentiasa menampakkan muka bersama-sama mangsa banjir?

Pendek kata bermacam kenapa yang lain.

Habis jadah apa semua pengarah agensi? Apa jadah adanya anggota-anggota bantuan? Apa jadahnya pembabitan pelbagai agensi dan jabatan serta sukarelawan dalam bencana kali ini?
Sebenarnya golongan yang paling banyak mempersoalkan kewujudan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam bencana banjir ini adalah tergolong di kalangan PENCINTA, PERINDU dan PENCANDU mitos serta legenda bagaimana pemimpin menanggung beras, bekerja menoreh getah atau menyusun batu bata untuk bina rumah rakyat, berkhayalkan rakyat terkangkang dengan mulut ternganga dan pemimpin menyuap makanan terus ke dalam perut mereka.

Golongan ini sengaja tidak mahu faham tentang peranan eksekutif, legislatif, pengurusan dan pentadbiran. Mereka fikir, kalau tentera kerjanya hanyalah meronda dan bunuh bandit. Kerja polis adalah hambat penjenayah...

Mujur jugalah orang pro kerajaan sedikit lebih bijak dengan tidak mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Besar Kelantan yang gagal turun ke kawasan-kawasan bencana banjir, bahkan tidak pula mengutuk MB Kelantan berunding dengan Kerajaan Pusat bagi bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Semuanya kerana mereka ada sedikit pengetahuan bahawa pengurusan bantuan kecemasan dan kemanusiaan yang diberikan sekarang berjalan lancar kecuali di beberapa kawasan yang tidak boleh didatangi kerana halangan seperti cuaca buruk dan sebagainya. Bagaimanapun, daripada laporan semasa ke semasa, pelbagai agensi bantuan sedang berusaha untuk menyalurkan bantuan.
Sedangkan pada masa yang sama, puak satu lagi sekadar umum dan isytihar dan itu sahaja sudah cukup untuk mengembangkan lubang hidung para penjilat mereka. Anehnya mereka tidak pula mempersoalkan ADUN-ADUN serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan dan Pegawai-Pegawai Daerah yang gagal berfungsi untuk rakyat di kawasan terjejas.

Tragedi ini membuktikan bahawa Najib dan UMNO-BN diperlukan umtuk rakyat manakala saingan mereka pula sekadar paper-doll yang bermekap tebal dan terjerit-jerit dengan suara garau!!!
Tak mengaku lagi Malaysia masih memerlukan kepimpinan UMNO-BN untuk tempohnyang lebih panjang berbandong retorik UBAH yang m3njadi slogan Pakatan?
Siapa yang lebih kuat berpolitik sampai langsung tidak ada pantang larang dan had lagi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana