PM terkejut pesawat Air Asia hilang...

Pagi ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jadualnya mengadakan lawatan sehari ke Pahang untuk melihat sendiri keadaan orang ramai dan situasi banjir di negeri tersebut.
Bagaimanapun, sebaik sampai ke destinasi pertama persinggahannya iaitu Kuala Lipis, PM diberitahu mengenai kehilangan pesawat Air Asia.

Menurut Najib, kerajaan akan membantu untuk mencari pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura yang dilaporkan hilang dari radar pagi tadi.

"Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

"Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu," katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di Kuala Lipis.

Sebelah petang PM dijadualkan ke Jerantut.

Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dengan nombor penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa, berdasarkan daftar penumpang pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.

“Warganegara Singapura seorang, United Kindom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana