Orang Lain Sibuk Membantu, Dr Maza Pimpin Rakyat Jalan Ke Perpecahan...Sepatutnya Meredakan Keadaan


Ketika ramai antara kita bertungkus lumus membantu mangsa banjir, menghulur derma barangan dan membetulkan fitnah yang berleluasa, seorang bekas mufti yang “gila populariti”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) memilih untuk menyebarkan prasangka buruk dan fitnah yang boleh memecah belah rakyat.

Ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang badan bukan kerajaan menyampaikan bantuan kerana mahu meletakkan logo Barisan Nasional terlebih dahulu, Mohd Asri bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi.

“Diharapkan berita yang bertebaran yang menyatakan bantuan NGOs dan individu ada yang disekat oleh pihak tertentu sehingga diletakkan logo parti tertentu, juga ada NGO yang kena keluar dari sekolah dan kawasan bantuan kerana beri laluan kepada pekerja parti dan seumpamanya itu tidak benar-benar berlaku. Jika berlaku juga hendaklah dihentikan segera. Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini. Kasihanilah rakyat! Berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita.”

Sungguhpun ayat pertama beliau berlapik mengharapkan berita tersebut tidak benar, namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku.

Sebagai ulama beliau sepatutnya membantu mengurangkan kebimbangan dan perpecahan rakyat. Namun apa yang berlaku beliau pula menjadi pemecah belah masyarakat.

Beliau ada bermacam akses kepada kepimpinan negara  termasuk bersahabat dengan Datuk Seri Shahidan Kassim, yang juga merupakan Menteri menjaga hal bencana alam ini, langsung tidak peduli untuk mencari kebenaran.

Beratus komen di laman facebooknya mengutuk kerajaan tanpa sebarang fakta dan boleh dianggap fitnah langsung tidak ditegur oleh bekas Mufti ini. Beliau sibuk menegur pemerintahn sehingga akhlak penyokong buat-buat tidak nampak.

Ulama jenis apa yang sibuk kuman di seberang lupa gajah di depan mata?

Ulama dahulu tidak memberi pandangan jika tiada maklumat jelas dan pasti. Ulama hari ini sibuk berfacebook mahu jadi popular.

Ulama dahulu “membina jalan ke syurga”, segelintir ulama hari ini membina jalan ke neraka.

Sehingga semalam ada 13 ribu orang yang “likes” kenyataan berbaur fitnah Dr Maza ini.  Jalan apakah yang mereka pilih bila menyokong kenyataan Maza yang cuba mengadu-dombakan masyarakat ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana