Nik Abduh Dikecam : 'Perogolan Balak' Punca Banjir di Kelantan

KUALA LUMPUR 27 Dis - Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.

Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.

Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata, banjir di Kelantan berpunca dari balasan dari Allah akibat kemelut dalam melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut.

"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," katanya.

Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

"Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Anas turut mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.

Pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga menerima kritikan hebat kerana berhasrat meneruskan sidang khas meminda enakmen negeri bagi membolehkan pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.

Pengkritik menggesa supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan itu ditangguhkan sehingga isu banjir ditangani terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana