MB Terengganu gesa isu pembelian Bas 'Amphicoach' tidak dipolitikkan

SHAH ALAM : Berikutan penyebaran di laman sosial berkenaan bas 'Amphicoach' yang sehingga kini masih belum diperolehi, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa rakyat di negeri tersebut tidak mempolitikkan isu berkenaan.

Tegasnya kerajaan negeri dari awal menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada tahun 2015 memandangkan kilang pengeluar pengangkutan tersebut di Malta memerlukan tempoh masa selama lapan bulan untuk membinanya mengikut spesifikasi dan rekaan yang dimahukan.

"Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro untuk sebuah amphicoach.

"Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta," katanya.

Ujar Ahmad, selain digunakan untuk tujuan pelancongan di Terengganu, bas Amphicoach itu juga akan digerakkan ketika musim tengkujuh kerana pengangkutan darat akan sukar untuk digerakkan apabila kebanyakkan jalan sudah dinaiki air.

Sehingga kini hanya terdapar 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang berkenaan hanya mengeluarkannya berdasarkan tempahan khas.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

Ketika musim tengkujuh pula, ia akan digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana