Kit Siang memekak pasal banjir : Shahidan Kassim...Mustapha Mohamed itu kuli batak ke ?

"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la!".Itu adalah antara kenyataan paling lawak dibuat oleh bekas Menteri Kerjaya Datuk Seri Samy Vellu yang terkenal sebagai orang politik yang sempoi penuh humor.
Bekas Presiden MIC itu boleh buat muka seposen saja jawab begitu pada soalan wartawan mengenai satu kejadian tanah runtuh di kawasan Parlimennya di Sungai Siput,Perak satu ketika dulu.

Walaupun lawak,mesej Samy Vellu ialah beliau tiada kuasa untuk sekat satu bencana alam seperti tanah runtuh.

Itu baru tanah runtuh.Entah apa agaknya lebih menyengat yang dijawab Samy Vellu kalau diasak lebih-lebih tentang banjir besar seperti yang berlaku di Kelantan sekarang.

Rasanya kalau Samy Vellu masih menteri elok sangat serah padanya saja tibai Lim Kit Siang yang tengah memekak sakan dari jarak jauh perlekeh segala usaha kerajaan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.
Dengar cerita ramai yang menyinga tengok otai DAP itu cuba nak berlagak pandai jadi juara ketika orang lain pagi petang siang malam bertungkus lumus tak kira penat lelah membantu mangsa banjir di serata ceruk Kelantan dan negeri-negeri lain.

Menerusi tulisan di satu ruangan di Malaysiakini Jumaat,Ahli Parlimen DAP Gelang Patah ini semacam nak perlekeh kemampuan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam negara.

Butakah orang kuat DAP ini bila senang-senang main hentam menuduh tidak ada seorang menteri UMNO pun yang melawat Kelantan dalam situasi yang gawat ini.

"Malaysians are entitled to ask why there seems to be no federal government in Putrajaya, why the PM is not only away in secret holiday in Hawaii, but not a single Umno minister visiting hardest-hit Kelantan to show the federal government’s concern for the worst floods since 1971?'

Itu antara ayat dalam tulisannya.Fokusnya tidak lain tidak bukan nak mempersoalkan ketiadaan Perdana Menteri dalam negara waktu ini.

Hairan juga kalau Kit Siang tidak kenal siapa Datuk Seri Shahidan Kassim atau Datuk Mustapha Mohamad.

Apakah dua nama ini kuli batak atau pecacai tepi jalan.

Bukankah seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan seorang lagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Kedua mereka juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Semua orang tahu kedua mereka sudah berkampong di Kelantan mengurus segala macam hal sejak banjir mula melanda Kelantan.

Kit Siang boleh selak balik surat khabar atau laporan di media sosial kebelakangan ini kalau nak periksa sejak bila mereka sudah berada di Kelantan.

Pada Jumaat kedua mereka juga hadir sama pada taklimat banjir semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Bharu.Turut hadir di taklimat itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Juga bukankah Datuk Azeez Rahim,Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia sudah turun dengan pasukan Kelab Putera menghulurkan bantuan di mereta tempat di negeri Kelantan.

Ini belum masok orang-orang seperti Tan Sri Annuar Musa,Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Pengerusi Mara yang juga Ahli Parlimen Ketereh yang ligat ke sana kemari membantu.

Turut sama berkerja keras Ketua-ketua UMNO bahagian,Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO serta pelbagai NGO pro kerajaan.

Sekalipun Kelantan bukan negeri BN namun gerak kerja yang dijalankan tidak kira batas politik.

Dalam keadaan kelam kabut menghadapi satu bencana besar seperti banjir kali ini siapa pun tidak boleh jamin segalanya 100 peratus OK.

Pasti ada kekurangan di sana sini.Bencana ini bukan macam konvensyen tahunan DAP yang boleh petik jari atur.

Cuba bayangkan berapa ratus kampong di pedalaman negeri itu yang perlu diredah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan jalan raya sana sini dinaiki air.

Kalangan petugas bantuan sendiri mengakui usaha mereka bukan semudah orang yang pandai cakap kosong.Banyak rintangan yang perlu ditempuh untuk sampaikan bantuan dan usaha menyelamat mereka yang terperangkap.

Tony Pua,Setiausaha Publisiti DAP Pusat juga tumpang sekaki seperti Kit Siang mempersoalkan mengapa Muhyiddin tidak isytihar darurat kerana situasi banjir meruncing.

Bagi DAP nampaknya 'istilah' darurat itu penting sangat sedangkan bagi mereka yang dihimpit banjir yang utama ialah bantuan dan bukan mainan politik untuk bakar sentimen.

Timbalan Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan untuk isytihar keadaan darurat ia memerlukan kriteria-kriteria tertentu dan setakat ini ia belum perlu lagi.

Ia termasuk aspek bekalan air dan letrik belum lagi putus sepenuhnya.

Lagi pun mereka yang on the ground yang terlibat secara langsung dengan gerak kerja membantu dan menyelamat lebih tahu situasi yang dihadapi.

Ini juga bukan kali pertama Kelantan menghadapi bencana banjir.

Kalau setakat nak menyalak dan memekak siapa pun boleh.

Ikut ceritanya setakat ini siapa pun belum nampak rombongan orang DAP turun bertali arus untuk membantu orang Kelantan.

Juga tidak dengar pun DAP menghantar lori-lori yang membawa bertan-tan bekalan makanan dan keperluan lain untuk sumbangan ke negeri itu.

Bukankah DAP ada pasukan sukarela seperti Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) .Sekalipun sudah diharamkan kalau ingat nak tolong sangat rombongan bekas anggota PPS ini sepatutnya sudah sampai di Kelantan dan beraksi di serata ceruk.

"Cakap macam hebat sangat.Tolong kirim salam sama Kit Siang,"kata seorang petugas bantuan di Kelantan turut geram ketika dihubungi Agendadaily Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana