Indonesia buat jangkaan awal pesawat di dasar Laut Jawa

Badan penyelamat Indonesia (Basarnas) menggambarkan pesawat AirAsia QZ8501 kini berada di dasar Laut Jawa dan kemungkinan pesawat tersebut dibawa arus.
“Keadaan itu merupakan jangkaan awal dan berdasarkan penilaian daripada hasil pencarian kami,” kata Ketua Basarnas Bambang Soelistyo di lapangan terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, pagi Isnin.

Itu kesimpulan awal berdasarkan koordinat yang ada dan penilaian dibuat, pihaknya menjangka pesawat itu berada di dasar laut.

"Air ada arus atas dan bawah. Boleh jadi dibawa arus. Kita akan menemukannya. Pengalaman menunjukkan tidak mudah. Adam air ketemu 8 bulan. Tapi kami berusaha sebaik mungkin," katanya seperti yang dipetik detik.com.

Menurut beliau, kedalaman laut di kawasan Perairan Karimata kawasan yang diperkira titik terakhir pesawat tersebut berada sekitar 40-45 meter.

"Boleh jadi dalam lagi. Bacaan sistem sonar 60 meter-70 meter," urai dia.

Beliau menjelaskan jika dikesan pihaknya akan mula melukan penyelaman.

"Kita periksa dengan menyelam. Satu-satunya cara," katanya.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan krew semalam dalam perjalanan ke Singapura dipercayai berada di dasar laut.

Sementara itu, seorang pakar penerbangan, Peter Stuart Smith dipetik berkata, beliau hairan apabila QZ8501 tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada pusat kawalan udara.

"Walaupun kita menganggap pesawat itu musnah di udara atau juruterbang hilang kawalan, namun masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.

"Jelas sekali bahawa tanggungjawab utama juruterbang apabila hendak berlepas ialah berkomunikasi dengan menara kawalan dan ia hanya perlu menekan satu butang untuk bercakap.

"Ia akan hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar isyarat 7700 (kecemasan) pada kotak SSR dan ia akan menghantar isyarat kepada ATC jika terdapat sebarang masalah," katanya.

Berikutan kehilangan MH370 dan QZ8501, pakar mula hairan dan berfikir mengapa juruterbang yang berada dalam sebuah pesawat moden tidak menghantar sebarang isyarat sebelum hilang.

Bagaimanapun pakar penerbangan yakin bahawa pesawat itu akan ditemui secepat mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana