IM4U edar 10,000 khemah untuk mangsa banjir

IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir.
Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

"Inisiatif ini timbul dah lama...kami ingin memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

"Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang di sini, hari ini.

Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.

"Kita edarkan di Kelantan terlebih dahulu di jajahan Kota Baharu dan selebihnya kita akan edarkan di negeri terjejas banjir yang lain seperti Terengganu dan Pahang.

"Mangsa banjir di pusat pemindahan kelihatan gembira menerima khemah itu dan mereka juga ada menyatakan barang-barang lebih selamat bila berada dalam khemah," katanya.

Seorang penerima Khalid Mat Noor, 54, yang berada di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka berkata beliau dan anggota keluarga merasa lebih selesa apabila menggunakan khemah IM4U.

"Memang khemah ini amat bermakna... saya amat berterima kasih kepada IM4U kerana menyediakan kemudahan seperti ini. Ia memberi lebih keselesaan dan rasa lebih selamat berada di dalam khemah ini...anak saya juga rasa lebih selesa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana