Harga RON95 dan diesel dijangka sekitar RM1.90 - RM1.95 seliter 1 Januari

Keputusan kerajaan untuk menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini nampaknya terus menerus beri berita gembira.

Setelah harga RON95 turun dari RM2.30 kepada RM2.26 dan diesel naik 3 sen seliter dari RM2.20 kepada RM2.23 mulai 1 Disember tentu ramai tertunggu apa pula harga mulai 1 Januari 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tentu lebih tahu mengenai perkiraannya.

Beliau menduga harga RON95 dan diesel sekitar RM1.90 - RM1.95 seliter mulai 1 Januari.

Katanya tidak perlu nak berdemo mendesak penurunan harga.

Beliau juga berharap selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu para peniaga juga akan menurunkan harga barang.

Pada 1 Disember lalu harga RON97 yang diapungkan secara terkawal juga telah mengalami penurunan 9 sen seliter jadi RM2.46.

Apakah RON97 juga akan turun.Ini kena tunggu pengumuman rasmi nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana