Banjir : Tindakan Tegas Penyebar Berita Palsu - PM

KUALA KANGSAR 29 Dis. - Datuk Seri Najib Razak menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu mengenai keadaan banjir di negara ini.

Perdana Menteri berkata, golongan penyebar berita palsu terbabit boleh mencetuskan panik dan mendatangkan kerisauan di kalangan mangsa banjir.

"Harap SKMM dapat kesan mereka yang terbabit dan diambil tindakan terhadap mereka. Harap rakyat tidak terima bulat-bulat berita dalam media sosial sebab ia hanya media perantaraan saja dan tidak dapat menentukan kesahihan maklumat," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke atas mangsa banjir di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana