ATM Nafi Arah Penduduk Tinggalkan Pekan

KUANTAN 29 Dis - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan arahan menerusi aplikasi Whatsapp supaya penduduk di Pekan keluar dari daerah itu berikutan limpahan air yang naik mendadak dan akan menyebabkan banjir buruk dalam tempoh 24 jam.

Menurut kenyataan media Sel Perhubungan Raya Tentera Darat sebentar tadi, ATM tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menjelaskan semua agensi terbabit terutama ATM sentiasa menggerakkan anggota serta asetnya ke lokasi terjejas akibat bencana banjir.

"Semua pihak dinasihatkan tidak menyebarkan kenyataan palsu itu yang boleh menimbulkan suasana gusar dan panik terutama penduduk di lokasi terbabit," menurut kenyataan itu.

Berikut merupakan kenyataan PALSU yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab  :-

"ATM keluarkan arahan untuk untuk warga Pekan agar keluar dari daerah Pekan.

"Limpahan air hulu melalui Temerloh sedang menuju ke Pekan...latest pics fm agusta at pekan...this morning by PMTD, GOC dan P5 4 Bgd Mek. Estimate time Pekan akan dilanda banjir besar dalam tempoh 24 jam lagi...dijangka Pekan akan dipenuhi air dan banjir yang amat buruk dalam 24 jam lagi.

"Apa-apa yang ada saudara-mara, sahabat di Pekan mohon infokan kepada mereka agar keluar dari sana."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana