Tawaran Jutaan Ringgit Pancing Ahli Parlimen BN Lompat Parti Satu Kisah Benar

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat Mohd Shahrif berkata, apa yang dikatakan oleh Menteri Luar, Anifah Aman berhubung  tawaran RM100 juta sebagai imbuhan buat ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti itu adalah benar.

Menurut Shamsul, ketika itu beliau masih lagi aktif bersama PKR dan cerita berhubung tawaran wang ringgit untuk ahli parlimen BN agar melompat parti itu sememangnya berlegar di kalangan kepimpinan tertinggi PKR ketika itu.

“Cerita tentang tawaran lumayan terhadap ahli parlimen BN itu memang bukan lagi rahsia di kalangan kepimpinan tertinggi PKR. Cuma ketika itu, saya tidak tahu berapa jumlahnya. Tetapi yang saya tahu, Anifah Aman dan juga Tengku Azlan bekas ahli parlimen Jerantut merupakan dua individu yang menjadi sasaran Anwar untuk dipancing melompat ke parti pembangkang.

“Ini memandangkan ketika itu, berlakunya perselisihan antara Anifah Aman dan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan Anwar merasakan beliau boleh menangguk di air yang keruh untuk mempengaruhi Anifah pada masa itu dengan menawarkan sejumlah imbuhan yang besar untuk beliau mengkhianati BN.

shamsul“Bahkan ketika itu, Anwar  juga turut merancang untuk menawarkan jawatan PM kepada Tengku Razeleigh. Namun saya tidak pasti, samada mereka sudah bertemu Tengku Razaleigh atau tidak pada ketika itu,”

Kata beliau lagi, dakwaan Anwar yang mengatakan beliau sudah mendapatkan seramai 30 orang ahli parlimen BN untuk bersama pakatan pembangkang adalah bohong semata-mata.

“Dakwaan Anwar yang kononnya beliau sudah mendapat sokongan daripada 30 ahli parlimen BN adalah bohong semata-mata. Beliau sengaja nak buat gempak, untuk perlihatkan kononnya beliau sudah berjaya mempengaruhi ahli parlimen BN untuk melompat parti.

“Ini semata-mata adalah bertujuan untuk mempengaruhi rakyat dan juga pemimpin negara yang lain dengan tipu helah yang bagi saya amat keji ini. Sedangkan hakikatnya, beliau tidak ada sokongan seperti mana yang didakwanya,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat di negara ini agar tidak lagi mempercayai Anwar Ibrahim dan juga kepimpinan pakatan pembangkang memandangkan mereka amat gemar berbohong dan menabur fitnah semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat demi agenda politik peribadi mereka.

“Saya mintalah kepada semua rakyat, khususnya pengundi agar tidak terus memberikan kepercayaan kepada mereka. Saya pernah terlibat dengan pakatan pembangkang dan saya tahu betapa sikap mereka yang sanggup berbuat apa saja demi kuasa dan demi untuk menjatuh BN sebagai kerajaan.

“Saya fikir kita sebagai rakyat, perlu waspada dan jangan terus telan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh  pemimpin pakatan pembangkang. Jika sebelum memerintah mereka sudah berani menipu dan memperdayakan rakyat, apakah kita fikir sekiranya mereka memerintah negara, mereka akan bersikap jujur?,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana