Kerajaan DAP naikkan cukai pintu di Pulau Pinang...Undilah Lagi PR Kata Negeri Berkebajikan

Pemilik rumah dan premis perniagaan di negeri ini terpaksa membayar kadar cukai pintu baharu yang lebih tinggi selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat keputusan untuk menaikkannya pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu-lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu tidak akan membebankan rakyat negeri ini, selain bertujuan menjana pendapatan tambahan kepada negeri.

Beliau berkata, kadar baharu yang ditetapkan itu bergantung kepada jenis kediaman iaitu tambahan hampir RM10 bagi rumah kos rendah dan sederhana manakala pemilik kondominium akan membayar tambahan hampir RM50.

“Bagi pemilik kelab golf pula, kadar baharu cukai yang akan dikenakan lebih tinggi iaitu 4.45 peratus di bahagian pulau dan 4.25 peratus di Seberang Perai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kon Yeow berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa bersetuju dengan kenaikan itu kerana telah diminta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2010.

Katanya, kali terakhir cukai pintu dinaikkan di negeri ini ialah pada 2004 ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Menurut Kon Yeow, kadar baharu berkenaan dijangka memberikan tambahan pendapatan sebanyak RM40 juta dan akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Tambahan hasil diperlukan kerajaan negeri kerana kami berdepan dengan kos tinggi untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat seperti membaiki kemudahan infrastruktur,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana