Inilah UMNO Yang Ku Sayangi....Jangan Hina Islam, Cabar Hak Melayu

 KUALA LUMPUR, 29 Nov - Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden parti bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.

"Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak.

"Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.

"Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang...kerja lain tak jadi.

"Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini.

"Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja," katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ketegasan Perdana Menteri itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 2,700 perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, malahan mereka yang mengikuti ucapan itu di luar dewan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana