Buruknya PR...Anifah Aman : 'Rakan Anwar Tawar Saya RM100 Juta Tumbang Kerajaan BN'

Macam mana kita nak bagi pr memerintah nyata dan jelas...penuh dengan penipuan.

KUALA LUMPUR 27 Nov - KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.
 
Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membuat tawaran itu dengan hasrat membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan baharu pada 2008.
 
Katanya insiden itu berlaku di Hotel Hilton di Kuala Lumpur Sentral.
 
"Saya amat terkejut dan marah. Saya terasa 'murah' kerana pernah menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan saya komited kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
 
Anifah, yang juga Ahli Parlimen Kimanis, bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan itu.
 
"Saya beritahu dia (Ishak), jangan sekali-kali ulang perkataan itu (melompat parti)," katanya semasa disoal balas peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anifah memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta oleh Anwar terhadap kenyataannya mengenai Anwar pada satu sidang media di Washington bersama bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada Mei 2009.
 
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar ada bercakap dengannya menerusi telefon bimbit sebaik sahaja beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang dan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan menubuhkan kerajaan pada 16 September, 2008.
 
Sementara, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah hari ini, Anifah berkata, Anwar telah menghubunginya melalui telefon pada sekitar Mei dan Jun 2008.
 
"Saya telah menerima panggilan daripada Tony Vun (ahli perniagaan), yang kemudian memberitahu saya bahawa ada seseorang ingin bercakap dengan saya dan selepas itu Tony Vun serahkan telefon kepada Anwar.
 
"Pada masa itulah Anwar membuat tawaran itu (lompat parti) dan jika saya meneruskan untuk melompat parti, dia akan menawarkan satu jawatan timbalan perdana menteri.

"Anwar jelas menyedari bahawa saya mempunyai pengaruh kuat ke atas beberapa ahli Parlimen dari Sabah untuk menguat kuasakan beberapa 'lompatan parti", katanya dalam kenyataan itu.
 
Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Anwar, Anifah berkata, kenyataan fitnah yang didakwa itu dibuat pada 14 Mei 2009 pada sidang media anjuran Jabatan Negara Amerika Syarikat.
 
"Saya diminta secara khusus oleh wartawan untuk mengulas pendirian Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai tuduhan jenayah terhadap plaintif dan jika pertuduhan itu bermotifkan politik," katanya.
 
Anifah berkata, kenyataan fitnah yang didakwa itu telah dimaksudkan sebagai 'off the record' dan beliau meningatkan media bahwa kenyataan itu eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu.
 
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, itu memfailkan saman pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang media di Washington pada 16 Mei 2009 semasa lawatan kerja ke negara tersebut.

Beliau juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.
 
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana