Berhenti desak Presiden PAS, kami tak pernah campur urusan PKR-DAP - Anak Hadi

Admin pun pelik lah dengan pas...masih tidak sedar diri lagi..presiden pas kena saman berjuta juta...dan pelbagai kena celca dan dihina masih tetap menjadi sahabat baik lagi..itu pun masih tak sedar lagi.


KUALA LUMPUR: DAP dan PKR diingatkan tidak mencampuri urusan dalaman PAS selain berhenti daripada terus mengkritik dan mendesak presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Khalil Abdul Hadi desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar parti itu disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

"Yalah, kita boleh sebutlah supaya berhenti atau jangan beri komen tapi masalahnya sekarang ini zaman media yang terbuka.

"Jadi maklumat lebih cepat tersebar, kadang-kadang segmen yang diberikan kalau kita lihat secara keseluruhanya tidak begitu tapi diambil bahagian-bahagian tertentu sehingga memberi persepsi yang negatif," katanya kepada Antarapos.

Tegas beliau, PAS tidak pernah mencampuri urusan komponen Pakatan Rakyat dan seharusnya tindakan serupa diambil bagi menjaga tahaluf siyasi perikatan itu.

"Secara kasarnya separti saya sebutkan isu ini sepatutnya masing-masing parti tidak boleh masuk campur dalam urusan parti yang lain.

"Kami daripada PAS tak pernah masuk campur urusan DAP dan begitulah sebaliknya," katanya.

Mohd Khalid berkata demikian bagi mengulas isu serangan terhadap Abdul Hadi oleh pemimpin PKR dan DAP berhubung ketidakhadirannya semasa mesyuarat sebelum ini

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang diserang hebat dari PKR serta DAP sejak tercetus isu Menteri Besar Selangor dan kini berdepan serangan tersusun daripada DAP pula.

Terbaru, pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menjadikan isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sejak kebelakangan ini atas alasan masalah kesihatan, sebagai modal untuk menyerang tokoh ulama itu.

Namun beberapa pemimpin PAS tampil mempertahankan Abdul Hadi termasuk Mursyidul Am  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana