Apahal pulak Zuraida ni?.. Dulu tolak sekarang mintak..

Nampak tak selari dengan apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat selama ini agenda yang Zuraida nak bawa ni..

Bukan saja sejak dari PRU13 malah hingga selepas PRU13, BR1M dianggap sebagai umpan untuk membeli undi oleh Najib.

Dan selain itu BR1M juga adalah dianggap sebagai rasuah oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga menganggap pemberian BR1M oleh pentadbiran Najib ini tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat.

"Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

Dalam pong.. pang.. pong.. pang.. BR1M ini diserang oleh pemimpin Pakatan Rakyat.. tiba-tiba Ketua Wanita PKR ni menyokong pula..

Wanita PKR menggesa kerajaan meyalurkan sebahagian pemberian BR1M kepada surirumah supaya dapat dimanfaatkan secara langsung daripada pembayaran wang tunai tersebut.

"Ini sejajar dengan Bajet Responsif Gender di mana wanita diberi kuasa membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dalam hal ehwal rumah tangga mereka," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, ia sangat penting kerana wanita yang bertanggungjawab memastikan bantuan kewangan itu dibelanja untuk barangan asas rumah yang diperlukan.

Wanita PKR, katanya, akan melancarkan “kempen tandatangan” di seluruh negeri bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dalam menjaga kebajikan surirumah dengan menyalurkan BR1M 2015 dikhaskan khususnya kepada surirumah.

"Telah terbukti bahawa wanita bertanggungjawab dan lebih teliti dalam pengurusan belanjawan isi rumah.

"Dengan itu, surirumah perlu diberi pengiktirafan dalam mengendalikan ekonomi rumah tangga dengan bijak.

"Ini akan melibatkan perbincangan sihat antara suami dan isteri dan memerlukan konsensi dua pihak dalam membuat keputusan bersama terutama dalam perihal kewangan," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan menyalurkan BR1M kepada surirumah, tegas Zuraida, ia memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk memainkan peranan secara aktif membangunkan negara serta mendidik anak generasi akan datang ~ Malaysiakini


...Sebagai pemimpin.. wajar ditunjukkan beliau punya pendirian yang tetap kerana rakyat memerhatikan.. ini tidak dulu tolak sekarang hendak.. apa cerita ni?

Kalau masa krisis MB Selangor tu tak apalah jadi lalang sekalipun.. sebab ramai yang tak perasan.. tapi pasal BR1M ini 1Malaysia tengok..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana