Tiga faktor bolehkan BN menang di Pengkalan Kubor - PM

NEW YORK: Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga faktor yang membolehkan BN mencapai kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan menambah majoriti hampir 900 undi.

Pertama, kata Perdana Menteri, kemenangan cemerlang itu menunjukkan dasar kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN diterima rakyat.

Kedua, jentera BN telah berjalan lancar dan bekerja keras bagi memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang.

Ketiga, keputusan memilih Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN menepati cita rasa pengundi tempatan.

"Saya memang jangka kita boleh menang tapi tak sangka dapat majoriti lebih besar.

"Apatah lagi kali ini kita berhadapan calon PAS. Ramai kata PAS lebih kuat daripada PKR," katanya kepada media Malaysia di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Mat Razi serta seluruh jentera BN.

Najib berkata, beliau akan menemui Mat Razi sebaik pulang dari New York dan akan menawarkan bantuan bagi memastikan masyarakat di Pengkalan Kubor mendapat perkhidmatan yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana