Tahaluf Siyasi Pas Bersama Pakatan Makin Jelas Menghancurkan Pas

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berpendapat bahawa kepimpinan Pas, khususnya golongan ulama perlu memandang serius kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din yang menggesa agar parti tersebut mengkaji semula tahaluf siyasi mereka bersama pakatan pembangkang.

Kata beliau, ini memandangkan bahawa sepanjang parti tersebut bertahaluf siyasi bersama Dap dan PKR, tidak ada sebarang keuntungan dan kebaikan yang diperolehi oleh Pas, malah tahaluf siyasi ini sebenarnya telah berjaya meretakkan perpaduan dan melemahkan parti tersebut berbanding sebelum ini.

“Saya kira, pandangan Datuk Harun Din itu perlu dipandang serius oleh pemimpin dan ahli-ahli Pas yang masih tetap mahukan kepimpinan ulama di dalam Pas. Ini disebabkan hari ini, tahaluf siyasi Pas bersama Dap dan PKR tidak memberikan sebarang kebaikan dan manfaat bagi parti tersebut, malah sebenarnya telah  melemah dan mengkucar kacirkan kekuatan Pas.

“Situasi ini amat berbeza ketika Pas bergerak secara solo tanpa terlibat dengan DAP dan PKR di mana kekuatan dan perpaduan Pas dilihat lebih kukuh dari apa yang ada hari ini.

“Jika alasan Pas ingin menegakkan Islam dengan tahaluf siyasi ini, saya tidak nampak pun sebarang agenda dan usaha ke arah itu. Bahkan prinsip negara Islam mereka juga telah terkubur akibat tipu helah Dap dan Pkr yang sebenarnya mahu melihat Pas menjadi lebih liberal seperti kedua-dua parti itu,” Beliau juga berpendapat bahawa Pas hari ini tanpa disedari telah tertipu dengan muslihat tahaluf siyasi ini di mana Dap dan PKR dengan jelas hanyalah mempergunakan parti tersebut untuk meraih simpati dan undi umat Islam di negara ini.

“Bagi saya, tahaluf siyasi Pas bersama Dap dan PKR ini amat-amat merugikan parti tersebut. Sebagai contoh kemelut di Selangor, apabila Pas membuat ketetapan untuk tidak menyokong Wan Azizah sebagai calon MB sepertimana yang dipersetujui oleh Dap dan PKR, maka mereka dilabelkan sebagai pengkhianat dan telah dicemuh oleh rakan-rakan sekutu mereka sendiri. Malah yang terbaru, kerusi exco Pas pun dikurangkan daripada empat jadi tiga.

“Jadi jelas di situ, di mana kebaikannya tahaluf siyasi ini bagi Pas? Malah, diperingkat dalaman Pas sendiri, baik kepimpinan atasan mahu pun akar umbi telah  berpecah kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pro ulama dan kumpulan liberal. Begitu juga dari sudut ideologi perjuangan di mana mereka telah berpecah kepada tiga iaitu golongan yang mendokong ideologi Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan juga liberalisme.

“Berdasarkan perkara itu, saya nak tanya kepada kepimpinan dan ahli-ahli Pas, di mana kebaikannya tahaluf siyasi bersama Dap dan PKR? Cuba hitung balik sepanjang Pas bertahaluf siyasi bersama kedua parti tersebut, apa yang mereka dapat keuntungan baik dari sudut politik dan juga prinsip perjuangan asal mereka.

“Kini di Selangor, Presiden Pas ditekan dari pelbagai sudut bahkan diminta untuk meminta maaf kepada pakatan oleh kepimpinan PKR. Tidak cukup dengan itu, ada juga cubaan untuk menghalang wakil rakyat Pas daripada menjawat sebarang  jawatan dalam exco negeri.

“Dap pula dengan angkuh melabelkan Pas sebagai pengkhianat dan menyalahkan parti itu dalam krisis kepimpinan di Selangor. Di Selangor, Pas dikecam dan dihina. Di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan. Kedah pula terlepas dari tangan mereka. Jadi, saya ingin tanya di mana kebaikan dan manfaat yang diperolehi oleh Pas dari tahaluf siyasi ini?,” soalnya.

Justeru itu, beliau amat-amat menyokong kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din berhubung kepentingan untuk mengkaji semula tahaluf siyasi parti tersebut bersama Dap dan PKR di dalam pakatan pembangkang.

“Bagi saya, kepimpinan Pas terutamanya golongan ulama perlu membuat keputusan yang tegas dan drastik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pas hari ini. Saya yakin, sekiranya tidak ada sebarang usaha yang dibuat untuk memperbetulkan semula masalah yang berlaku di dalam Pas ini, mereka akan menghadapi kerosakan yang lebih teruk pada masa yang akan datang,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana