SELEPAS KG BUAH PALA,KINI KG PULAU TIKUS PULA BAKAL RANAP

GEORGE TOWN, 24 Sept -- Seorang warga emas memegang kad manila yang tertera sejarah perkampungan Siam di Lorong Burma ketika berada dihadapan rumah warisan Siam datuknya yang dibina lebih 160 tahun yang lepas.

Sebanyak 17 buah rumah kediaman dan perniagaan masyarakat Siam di kampung berkenaan yang terletak di belakang Balai Polis Pulau Tikus telah diminta untuk dikosongkan bagi projek pembangunan hotel.

Perkampungan Siam ini wujud setelah Siam dan Burma mula menetap di negeri ini hampir 200 tahun yang lalu.Tanah ini telah diberikan kepada komuniti Siam dan Burma oleh Syarikat India Timur bagi pihak Queen Victoria pada 1845.
Namun penduduk dan perniagaan komuniti di kampung berkenaan tidak mahu mengosongkan perkampungan berkenaan. Mereka merayu kepada Five Star Heritage Sdn Bhd memberi kepentingan kepada warisan budaya kampung mereka.

Lebih 50 masyarakat Siam di perkampungan Siam itu membuat bantahan semasa aman supaya pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah mereka hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana