Selama Ini PAS Memang Memuji Lim Guan Eng Memerintah Penang...Khalifah Lah Kononnya

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' paling cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Tindakan ini dipercayai susulan daripada ucapan bernada teguran membina & memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Sdr Iszuree Ibrahim yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) P.Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS P.Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari.

Hukuman 'gantung tugas dengan pembekuan semua peruntukan' yang dikenakan terhadap beliau dengan berdasarkan laporan yang disalah petik tanpa perbincangan secara bersemuka antara Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guang Eng dengan PAS adalah disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Pihak Ketua Menteri P.Pinang diingatkan bahawa perlantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti sebagai individu, sebaliknya adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS dalam Pakatan Rakyat. Maka sewajarnya pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) turut mengambil kira pandangan & keputusan daripada PAS P.Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan jika benar semangat kerjasama Pakatan Rakyat antara DAP-PKR-PAS dihormati. Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh.

Bagi terus memelihara hubungan kerjasama Pakatan Rakyat, DPPN P.Pinang menggesa agar tindakan ini ditarik semula seberapa segera, sebelum timbul persepsi awam bahawa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dibawah DAP dilihat lebih teruk dengan Barisan Nasional dari sudut kebebasan bersuara. DAP bercakap soal kebebasan bersuara kepada umum walhal hakikatnya DAP sendiri menutup hak kebebasan bersuara sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sidang mesyuarat Pakatan Rakyat yang tertangguh sejak selesai PRU13 perlu segera diadakan. PAS Pulau Pinang bersama Sdr Iszuree perlu diberi hak untuk memberi penjelasan penuh. Keputusan perlu diputuskan secara kolektif & bersama, seandainya PAS masih dianggap sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat oleh DAP.

Sepertimana kami yang telah banyak dan lama bersabar dengan perbezaan pandangan & terbuka menerima kritikan, kecaman, cemuhan, sehingga PAS dituduh sebagai "pengkhianat di Selangor" dari rakan sendiri, maka PAS juga meminta supaya rakan kami dapat berjiwa besar berbuat begitu dan menarik balik tindakan "tidak mencerminkan sikap" ini segera.

Selaras dengan tema "Memperkukuh Muafakat" yang diketengahkan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia & penegasan daripada Presiden PAS supaya "Terus Beristiqamah" dalam muktamar PAS yang lalu, kami desak supaya isu ini diselesaikan segera sebagai rakan, bukan sebagai lawan!

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
27 September 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana