Saari dan Hasnul dianggap wira penyelamat Pakatan Rakyat...Jadi Balaci Adalah

SHAH ALAM: Dua ADUN PAS yang bertindak membelakangkan parti dalam memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, disambut sebagai wira oleh DAP.

Kedua-dua mereka, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menghadiri majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi mendapat tepukan gemuruh kira-kira 700 penyokong DAP yang hadir.

Saari dan Hasnul juga diberi penghormatan untuk duduk bersebelahan dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, lapor portal Malaysiakini.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas Exco Selangor Ronnie Liu ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.

Ketika mengangkat-angkat Saari dan Hasnul sebagai wira, DAP tetap bertegas empat Exco PAS Selangor sebelum ini adalah pengkhianat.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata tindakan empat Exco PAS sebelum ini enggan meletakkan jawatan sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco DAP dan PKR oleh mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah satu pengkhianatan.

Bagaimanapun Guan Eng tidak mengulas kenyataan balas bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi bahawa keputusan mereka untuk kekal sebagai Exco meskipun enam rakan seperjuangannya dipecat adalah untuk menyelamatkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Ujarnya jika Exco PAS pun bertindak meletakkan jawatan, Khalid tiada pilihan dan mungkin melantik ADUN-ADUN Umno BN untuk jawatan Exco Selangor.

Malah beberapa pemimpin PAS berkata empat Exco PAS itu sanggup berkorban walaupun mereka sering disindir rakan komponen Pakatan rakyat yang lain sebagai pengkhianat.

Empat Exco itu ialah, Iskandar Samad (ADUN Chempaka), Dr Yunus Hairi (ADUN Sijangkang), Dr Halimah Ali (ADUN Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak).

Bagaimanapun, barisan baru Exco yang diumumkan Menteri Besar Selangor yang baru menyaksikan dua daripada mereka gugur dan seorang muka baru dilantik.

Mereka yang gugur adalah Dr Halimah Ali dan Sallehen Muhkyi manakala muka baru adalah Zaidy Abdul Talib yang merupakan ADUN Taman Templer.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana