PKR Dan DAP Kalah Lagi Teruk Dari PAS - Nasrudin

KUALA LUMPUR 29 Sept - Ahli Jawatankuasa Pusat Pas Nasrudin Hassan membidas amaran DAP mengenai kemungkinan Pas akan kehilangan negeri Kelantan sekiranya trend di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor merebak.

Nasruddin berkata, jika dibandingkan dengan dua lagi PRK yang pernah ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian dan ditandingi DAP di Teluk Intan, kekalahan Pas tidak seteruk kekalahan PKR dan DAP.

"(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan.

"Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook milik beliau.

Nasruddin turut memaparkan carta yang dengan dengan jelas penurunan sokongan pada PKR turun 33 peratus di Balingian, undi DAP turun 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor.

Semalam, Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Beliau yang berucap semasa majlis makan malam DAP di Petaling Jaya itu berkata, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

Lim juga berkata, jika trend peralihan undi kepada BN terus berlaku di kawasan lain, Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dalam pilihan raya akan datang manakala pihak lawan dengan 25 kerusi.

Pada PRK Pengkalan Kubor, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana