PAS tolonglah jangan burukkan keadaan, ujar Abdullah Sani...Puncanya Bukan Kah ANWAR?

SHAH ALAM: PAS digesa agar tidak memburukkan keadaan dan menerima jawatan Timbalan Speaker yang ditawarkan kepada parti itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata isu pengurangan kuota kerusi Exco kepada PAS bukanlah isu besar memandangkan komposisi terbaru ini tidak mengurangkan kuasa Pakatan Rakyat di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebelum ini mengumumkan perubahan kuota Exco yang menyaksikan PAS hilang satu kerusi daripada empat kepada tiga kerusi sahaja.

Manakala PKR mendapat lebih satu kerusi iaitu daripada tiga kepada empat kerusi. DAP pula kekal dengan tiga kerusi.

Sebagai ganti, Azmin menawarkan kerusi timbalan speaker DUN Selangor kepada PAS.

Bagaimanapun, PAS hingga kini masih berdolak-dalih serta enggan mengesahkan samaada mahu menerima atau menolak tawaran itu.

"Itu memang hak PAS tetapi apabila sudah ditawarkan maknanya dalam komposisi pembahagiannya adalah adil sebenarnya.

"Saya dah rimaslah perkara seperti ini dipersoalkan....remeh temeh ini.

"Jadi persoalannya sekarang ini PAS tidak boleh berdolak dalih lagi atau nak menyibuk kata tidak puas hati, tolonglah (jangan burukkan keadaan)," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Pesuruhjaya PAS, Iskandar Abdul Samad melalui posting laman Facebooknya berkata PAS masih belum memutuskan samaada mahu menerima atau menolak jawatan itu.

"Pada pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan presiden PAS malam tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima timbalan speaker," ujarnya yang dipetik daripada laman Facebooknya.

Perkembangan itu dilihat ada kaitan dengan rasa tidak puas hati PAS bersabit tindakan Azmin mengurangkan satu kerusi Exco PAS.

Abdullah Sani kemudiannya menasihatkan PAS agar 'buang yang keruh, ambil yang jernih' dan fokus pada kerja-kerja untuk rakyat pula.

"Kenapa jadi isu sangat sekarang ini daripada PAS, buat kerja sahajalah, maju ke hadapan, bukannya PAS akan kehilangan kuasa dengan tidak ada kerusi Exco ini," tambahnya.

Untuk rekod, PAS, PKR dan DAP dibelit kemelut jawatan menteri besar hampir sembilan bulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana