PAS Selangor Bantah Kuota Jawatan Exco Dikurangkan

SHAH ALAM, 27 Sept - PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju supaya bilangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PAS dikurangkan kepada tiga berbanding empat dalam pentadbiran sebelum ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menegaskan pihaknya tidak pernah bersetuju dengan pengurangan bilangan Exco itu dan merasakan tindakan berkenaan bukan satu permulaan yang baik.

"Kami juga berpendapat pengguguran Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang Dr Halimah Ali dan Adun Sabak Sallehen Mukhyi sebagai tidak berasas kerana mereka memberi perkhidmatan cemerlang sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan malam tadi, beliau menarik perhatian bahawa sebelum ini, Exco daripada PAS tetap kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor demi memastikan kerajaan pakatan rakyat di negeri itu tidak tumbang.

Dalam pengumuman awal hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menambah seorang anggota daripada PKR dan mengurangkan seorang wakil PAS dalam barisan 10 anggota Exco Selangor baharu.

Beliau mengekalkan tiga jawatan Exco DAP selain menamakan tiga muka baharu.

Mereka yang baru dilantik ialah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari - kedua-duanya daripada PKR - dan Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib daripada PAS.

Wakil parti PAS yang dikekalkan ialah Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tujuh lagi anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentabiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana