PAS bagi respon pengurangan kerusi Exco selepas istiadat angkat sumpah...Bukan BODOH Namanya Tu

KUALA LUMPUR: PAS hanya akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu Exco Selangor, hanya selepas selesai majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah petang ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS hanya akan buat kenyataan selepas selesai majlis angkat sumpah exco petang ini," ujarnya dipetik daripada portal Harakahdaily.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pagi tadi mengumumkan senarai penuh 10 anggota Exco sebagai pasukan baru beliau.

Pengumuman Azmin itu menyaksikan PAS hilang satu kerusi Exco apabila hanya diperuntukkan tiga kerusi berbanding sebelum ini.

PKR bagaimanapun menambah kerusi daripada tiga kepada empat, manakala DAP kekal tiga kerusi Exco.

ADUN PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad (baru) dan Amirudin Shari (baru), sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim (kekal), Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.
   
ADUN PAS ialah Iskandar Abdul Samad , Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib (baru).

Dalam pada itu, Azmin turut memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Jawatan tersebut menurutnya akan diperuntukkan kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Kesemua exco akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah petang ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana