'Keluar PR' : Penyokong Anwar Serang Ibu Pejabat PAS Esok

KUALA LUMPUR 29 Sept - Kemarahan para penyokong PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap PAS semakin memuncak apabila  satu perhimpunan bakal diadakan pagi esok di hadapan ibu pejabat PAS Pusat bagi mendesak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

'Himpunan Gesa PAS Keluar PR' anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) itu adalah sebagai satu asakan terhadap PAS yang kian lantang mengecam Anwar sejak berlakunya krisis pentadbiran negeri Selangor.

Malah, beberapa pemimpin PKR dilihat memberi sokongan terhadap penganjuran tersebut dengan menyebarkan maklumat berhubung himpunan itu menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.Krisis dalaman PAS dilihat kian kronik sehingga gagal mencapai sebarang pendamaian pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung baru-baru ini.

Malah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan penggulungan secara terbuka tidak mengiktiraf tindakan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus membidas tindakan PKR 'mencuri' dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PAS yang disifatkannya tidak beretika.

Perpecahan PAS turut dilihat semakin ketara apabila kumpulan pro Ulama' bertikam lidah pimpinan yang dilabel sebagai pro Anwarinas.Antara pemimpin PAS Pro Ulama' yang lantang mengecam PKR dan DAP termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tanwawi dan Nik Abduh Nik Aziz.

Manakala pemimpin Pro Anwarinas termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad didakwa merancang menumbangkan Abdul Hadi dari terus memimpin parti Islam tersebut.

Setakat ini, kumpulan Pro Anwarinas telah menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai salah satu langkah memastikan PAS terus kekal bersama PKR dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana