Kalau Majoriti Tak Sokong, Akan Berlaku Undi Tak Percaya - Tun M

SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diterima majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi menamatkan krisis politik berpanjangan di negeri itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang kemungkinan Azmin berhadapan undi tidak percaya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang jika pelantikannya tidak disenangi majoriti Adun Selangor.

"Saya harap apabila Dewan bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

"Kalau majoriti tak sokong Azmin, akan berlaku undi tidak percaya. Jadi nanti kita kena cari menteri besar baharu lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada karnival Proton di sini, Ahad.

Kebimbangan itu dilihat berdasarkan perkembangan terkini politik Selangor apabila PAS kehilangan satu jawatan Exco dalam Kabinet baharu Azmin.

Jumlah ahli Exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang, manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Tindakan Azmin itu ternyata menimbulkan rasa tidak senang di kalangan wakil rakyat PAS walaupun parti itu dijanjikan jawatan Timbalan Speaker DUN.

Mengulas mengenai nasib yang dihadapi PAS dibawah kerajaan negeri pimpinan Azmin, Dr Mahathir berkata, menteri besar baharu itu mempunyai hak untuk menentukan jumlah Exco dalam Kabinetnya.

"Itu hak menteri besar, kalau beliau nak tambah boleh, nak kurang pun boleh.

"Kalau beliau fikir wakil PAS dalam kabinet mencukupi, beliau tak perlu berpegang (ikut) kepada dahulu (jumlah kabinet)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana