Hasutan : Polis Ambil Keterangan Anwar di Ibu Pejabat PKR

PETALING JAYA 26 Sept - Tiga orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki ibupejabat parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengambil keterangan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan menghasut menerusi ucapannnya pada satu program anjuran parti pembangkang sekitar tahun 2011 lalu.

Dua orang pegawai polis berkenaan yang lengkap beruniform sementara seorang berpakaian preman tiba di pejabat itu kira-kira jam 3.05 petang.

Dalam masa sama, Anwar dilihat ditemani peguam N. Surendran dan Latheefa Koya ketika sesi mengambil keterangan sedang berlangsung.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di dalam sidang media, Anwar menyifatkan ia merupakan satu cubaan untuk memberi tekanan politik terhadap dirinya bahkan mengundang perasaan kesal dan aneh beliau.

"Saya disoal siasat oleh pegawai daripada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

"Ucapan saya pada tahun 2011. Percakapan saya ditangguh (di ambil) kerana dipercayai atas arahan Peguam Negara Putrajaya.

"Saya nampak ada percubaan untuk memberi tekanan politik kepada saya setelah dilakukan terhadap peguam saya dalam menghadapi kes rayuan di mahkamah persekutuan.

"Walaupun ia dibawah akta hasutan tetapi ia juga berkait dengan tekanan terhadap saya dalam kes fitnah 2 (kes liwat). Bagi saya ini amat dikesalkan dan aneh," katanya.

Justeru itu, Anwar turut menegaskan pendiriannya menentang sebarang tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang lantang menuntut perubahan negara.

"Saya berpendirian menentang penggunaan Akta Hasutan untuk menindas suara rakyat baik dikalangan pemimpin politik, ahli akademik, pelajar dan badan-badan lain. Sepertimana berlaku lebih 20 selama ini yang menghadapi tindakan keras oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap suara rakyat yang menuntut perubahan." tegasnya.

Dalam perkembangan sama peguam Anwar, Latheefa Koya membangkitkan persoalan berhubung tempoh masa yang lama diambil untuk merekodkan percakapan anak guamnya itu.

"Soalan merujuk kepada ucapan oleh Azmin Ali dan Anwar. Banyak ceramah diadakan dan kita tidak tahu secara terperinci. Ia juga berkaitan dengan kes fitnah 2 (kes liwat) melibatkan Anwar.

"Polis juga belum menetapkan bila (tarikh) Anwar akan didakwa.

Sebelum ini tiga orang telah diambil percakapan pada tahun 2011. Jadi sekarang baru dibuka semula atas arahan pihak Putrajaya. Kenapa mereka ambil masa yang begitu lama," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana