EXCO SELANGOR : AZMIN ‘MAINKAN’ PAS?

Shah Alam – Sehingga berita ini ditulis 10.45 pagi Khamis belum ada reaksi rasmi dari PAS lagi. Juga belum diketahui samaada ia satu formula yang dipersetujui PAS.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali sudah potong satu kerusi Exco Kerajaan Negeri dari PAS.Dulu PAS ada empat Exco dan kini tinggal tiga sahaja.

Sebaliknya beliau tambah jumlah Exco dari PKR dari tiga dulu jadi empat. DAP kekal dengan tiga Exco.

Azmin umum barisan Exconya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam pagi ini.Majlis angkat sumpah jawatan 3 petang ini. Dua Exco PAS lama yang digugurkan ialah Sallehin Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Yang kekal ialah Iskandar Samad dan Dr Yunus Hairi manakala baru ialah Zaidy Talib ADUN Templer Park. Exco PKR lama yang kekal ialah Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Ali.

Dua muka baru ialah ADUN Batu Caves,Amiruddin Saari yakni orang kanan Azmin dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Jawatan Nik Azmi yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diambil alih oleh ADUN dari PAS. Yang gugur ialah Rodziah Ismail yang dulu dikatakan penyokong Tan Sri Khalid IBrahim.

Tiga Exco DAP lama yang kekal ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau.

Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri kini disandang oleh Hannah Yeoh dari DAP. Azmin berkata barisan Exconya ini telah mendapat perkenaan Sultan Selangor.

Para pemerhati menilai PAS jelas ‘ turun pangkat’ dalam komposisi baru ini.

Sebelum ini memang ada desakan dari kalangan pimpinan PKR agar kuota Exco PAS dipotong kerana pendirian parti itu tidak sokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam isu Menteri Besar baru ini.

Pimpinan PAS sebaliknya mahu mereka kekal dengan empat Exco. DAP pula marah kerana empat Exco PAS tidak letak jawatan selepas Khalid dipecat dari PKR.

PAS kata mereka bertindak demikian kerana hendak menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana