DAP ISYTIHAR TIDAK LAGI BEKERJASAMA DENGAN PAS ...

1. SAH! DAP hina parti PAS seperti sampah sarap yang tidak berguna langsung.
2. Inilah perkembangan terbaru yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang yang semakin hancur dan berpecah.

3. Baca laporan BNBBC di bawah :
Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.
Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.
Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.
Wong menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.
"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

“Sentiasa mendampingi UMNO juga,” katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut Wong, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

“DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan,” katanya - BNBBC
4. Apakah respons Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan terhadap laporan BNBBC ini?

5. Ironinya, macamlah parti DAP itu bagus sangat. Pemilihan CEC DAP pun kelam-kabut dan sangat memalukan hingga terpaksa diadakan semula.

6. Malah, pemilihan kepimpinan tertinggi parti DAP juga tidak demokratik kerana pemimpin yang jatuh ke tangga 5 semasa pemilihan semula CEC DAP dapat jawatan yang sangat tinggi.

7. Dan bodoh juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan dalam isu 'Langkah Kajang' yang gagal dan memalukan seluruh Pakatan Pembangkang termasuk DAP Sarawak.

8. Dalam masa yang sama, kenyataan DAP ini ternyata menghina parti PAS dan ianya sungguh memalukan.

9. Apakah tindakan PAS seterusnya? Hanya sekadar bidas DAP sahaja?

10. Berapa kali lagi parti PAS sanggup dihina dan 'diludah' oleh parti DAP?

11. Dan apa pula respons Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang DAP tentang kenyataan di atas?

12. Janganlah pula mereka cuba cuci tangan menyuruh orang lain menjawab bagi pihak mereka atau menggunakan jawapan skema mereka iaitu "itu pandangan peribadi dan bukannya pandangan parti DAP"!

13. Apakah tindakan DAP terhadap pemimpin mereka itu? Kita jangka DAP akan tutup mata buat tidak tahu sahaja.

14. Seperti MiM katakan, hanya satu sahaja cara untuk parti PAS untuk meneruskan politik mereka iaitu keluar daripada Pakatan Pembangkang. Parti itu sudah terlalu dihina dan diperbodoh-bodohkan dalam Pakatan tersebut.

15. Bagaimana pula dengan keceluparan ahli politik DAP sebelum ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana