Blogger sex Alvin guna Facebook cemuh pimpinan negara

SHAH ALAM: Blogger seks Alvin Tan, 26, yang mencari suaka politik di Amerika Syarikat menggunakan laman facebook untuk melemparkan tohmahan terhadap pemimpin kerajaan dan Ketua Polis Negara.

Dia kini diburu pihak berkuasa Malaysia dan Singapura bersabit tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook.

Alvin mendakwa pemimpin-pemimpin kerajaan kejam dan mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,  Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Alvin berkata dia tidak ada masalah untuk melemparkan sebarang kenyataan “ikut suka hati saya”.

Alvin dan pasangan Vivan dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

Semalam, Alvin memberitahu wartawan Chanel News Asia bahawa "saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya''.

Katanya, dia mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Mei susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura.

CNA melaporkan Alvin yakin Amerika Syarikat akan meluluskan permohonannya, sekiranya tidak, dia tiada pilihan lain kecuali terus memuat naik "bahan berunsur hasutan" di Internet bagi menguatkan kesnya.

"Kalau semuanya gagal, saya akan muat naik lebih banyak bahan berunsur hasutan pada laman Facebook saya untuk 'mengejek' pihak berkuasa dan buat mereka marah dan kejar saya lagi. Ini akan mewujudkan ketakutan lebih berasas tentang penganiayaan politik di negara ini dan menguatkan lagi tuntutan saya," katanya.

Tan dan Lee mencetuskan kontroversi pada Oktober 2012 apabila menyiarkan imej pornografi dalam blog mereka.

Alvin yang belajar perundangan di Universiti Kebangsaan Singapura dibiayai biasiswa dari Asean sebelum digugurkan daripada pengajiannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana