Anwar desak Azmin kaji semula gaji wakil rakyat, perjanjian air dan KIDEX...Ini Semua Wayang Politik ANWAR

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Menteri Besar Azmin Ali dan barisan exconya mengkaji semula kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

Anwar mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Azmin Ali dan empat Exco PKR di ibu pejabat parti di sini.

Beliau berkata mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim gagal melaksanakan arahan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bersabit kenaikan gaji dan elaun mendadak untuk wakil rakyat sehingga 400 peratus.

Beliau berharap isu itu boleh dibentangkan pada sidang DUN yang akan datang untuk mencari penyelesaian yang tuntas.

Anwar juga mahukan pentabdiran Azmin mengkaji semula kelulusan awal yang diberikan oleh Khalid untuk pembinaan projek lebuh raya KIDEX.

"Soal yang disebut dan saya sokong untuk mengkaji semula beberapa kelulusan termasuk KIDEX yang memberi manafaat kepada sebuah syarikat,” kata beliau.

Projek RM12 bilion itu mendapat bantahan penduduk yang menyifatkannya sebagai tidak mampu untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Anwar juga berkata Khalid tidak pernah merujuk kepada jawatankuasa air yang ditubuhkan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk mengkaji perjanjian penstrukturan semula industri air dengan Putrajaya.

Jawatankuasa itu merangkumi Dzulkiefly Ahmad (PAS), Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR).

“Belum ada satu pun mesyuarat di adakan dengan MB yang lalu. Oleh demikian ini perlu diteruskan (oleh Azmin)," ujarnya.

Azmin memberitahu sidang media itu bahawa segala perkara yang dibangkitkan oleh Anwar akan diperinci pada mesyuarat Exco yang akan datang.

"Saya dan rakan-rakan exco akan meneruskan usaha ini dan insyalaah Rabu ini kita akan mesyuarat yang pertama dan meneliti perkara yang disebut tadi,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana