Ahli PAS Sampai Ajal - Saari....Biar Betul Presidennya Tak Hormati..Inilah Dikatakan Gunting Dalam Lipatan

KUALA LUMPUR: Walaupun dikritik hebat berikutan tindakannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, kesetiaan Saari Sungib kepada PAS terbukti masih kebal.

Sehingga pertemunnya dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu mengakui masih lagi menjadi ahli parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu.

"Saya masih lagi ahli PAS," jawabnya ringkas selepas mengadakan pertemuan kira-kira sejam di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai inti pati perbincangan bersama Mustapa dengan berkata ia merupakan satu 'pertemuan biasa'.

Ditanya sama ada beliau akan terus bersama PAS, beliau menyatakan kesetiaannya untuk bersama parti itu sehingga akhir hayatnya.

"...sampai ajal," jawabnya.

Beliau tidak keseorangan, sebaliknya seorang lagi Adun PAS bagi kawasan Morib, Hasnul Baharuddin dilihat masuk ke bangunan sama pada pukul 2.50 petang.

Difahamkan, kedua-dua mereka dipanggil oleh Mustapa untuk memberikan penjelasan mengenai surat akuan bersumpah yang ditandatangani sebagai menyokong Presiden PKR ketika krisis politik Selangor meruncing, sekali gus dianggap membelakangkan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana