Tahu Pun Malu.... Berbogel Di Pantai Tidak Malu Plak?

Enam peserta sukan telanjang di pantai Pulau Pinang hari ini mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 manakala empat lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

Seramai 10 individu didakwa atas kesalahan menimbulkan mengganggu ketenteraman awam kerana mengadakan sukan telanjang di pantai terpencil Teluk Kampi selama tiga jam pada 30 Mei di Teluk Bahang. Mereka yang mengaku bersalah ialah Loh Kok Hong, Mu Wei Peng, Justin Ang Ji Keng, Albert Yam Kam Hoong, Lionel Loo Joo Heng dan M Nanda Kumar.


Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan memberitahu mahkamah apa yang tertuduh lakukan adalah kesalahan yang serius dan merayu mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap mereka.

Chan berkata, tidak wajar untuk telanjang di khalayak ramai dan perbuatan itu boleh merosakkan minda anak muda yang tidak berdosa.

Beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Majistret Mohd Najib Ismail kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 atau 3 bulan penjara jika engkar.

Yam, seorang penduduk tetap di Singapura, dijatuhkan hukuman tambahan enam bulan penjara mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar dan memiliki bahan lucah. Dalam penghakimannya, Najib berkata masyarakat tempatan masih tidak dapat menerima aksi telanjang di tempat awam, berdasarkan tindak balas negatif terhadap kelakuan sedemikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana