Siapa kata Wan Azizah tak layak jadi Menteri Besar ?

Antara lawak popular dalam gelanggang facebook sekarang ialah tentang pencalonan nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Pakatan Rakyat telah kenalpasti calon itu.Namanya Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Dr Wan Azizah,Wan Azizah,Azizah,Jijah,Ijah dan Jah.

Kiri kanan depan belakang...pokoknya Wan Azizah.

Ini untuk gambarkan hidup mati PKR dan DAP tetap dengan SATU nama itu saja.

Cuma rakan mereka PAS buat keputusan 'ambil hati' sebut nama Wan Azizah tapi selit nama Azmin Ali.

Terbaru ekoran titah Sultan Selangor Selasa mahu setiap satu dari tiga parti Pakatan Rakyat kemukakan lebih dari dua nama,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali kata petang Rabu PAS akan kemukakan tiga nama dari PKR.

Pagi Rabu Datuk Seri Anwar yang ditemui wartawan tetap desak PAS patuhi keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang menetapkan SATU nama saja yakni Wan Azizah.

Juga Rabu,DAP pula menerusi komentar Setiausaha Agung Lim Guan Eng kata partinya nak tunggu surat rasmi dari Istana Selangor sebelum bagi ulasan rasmi.

Apapun rasanya adalah selamat untuk membuat andaian DAP akan tetap rapatkan barisan dengan PKR pada nama Wan Azizah saja.

Istana Selangor sudah bagi tempoh hingga Rabu depan kepada tiga parti itu kemukakan lebih dari dua nama.

Senario semasa nampaknya PKR dan DAP dijangka terus melawan cakap Sultan Selangor manakala PAS saja yang adjust tak akan kemukakan tiga nama dari parti itu tetapi dari PKR.

Kata Mustapha keputusan PAS untuk namakan calon dari PKR adalah muktamad kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Dalam bahasa mudah PKR dan DAP tetap nak tekan Sultan Selangor agar menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Anwar yang terus pertahan nama isterinya sebagai calon tunggal telah beri alasan pencalonan itu adalah atas kapasiti Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Jelas sekali mesej yang hendak disampaikan ialah Wan Azizah layak atas kedudukannya sebagai ketua sebuah parti dan bukan kerana isterinya.

Diatas kertas tidak ada siapa yang boleh padam sejarah Wan Azizah sudah menjadi Presiden parti sejak ia ditubuhkan pada tahun 1979 atas nama Parti Keadilan Nasional.

Di atas kertas juga siapa pun tidak boleh padam hakikat Wan Azizah pernah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

Dengan latar belakang politik dan kelayakan akademik hingga menjadi doktor lulusan luar negara siapapun tidak boleh pertikai Wan Azizah cukup sifat untuk jadi seorang Menteri Besar.

Ini kalau dibandingkan latar belakang politik dan akademiknya dengan mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri lain di negara ini.

Jadi apa yang buat nama Wan Azizah jatuh ' tak layak' dikaca mata ramai pihak termasuk PAS sendiri sebelum keputusan terbaru pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos?

Malah cerita yang tersebar luas mengaitkan pendirian PAS itu dengan ' indikasi' dari Istana Selangor yang dikatakan tak akan terima Wan Azizah.

Hairan juga PAS asalnya begitu keras sekali dalam pendirian itu.

PAS telah menafikan ia ada kaitan dengan soal gender Wan Azizah sebagai wanita.

Andaian yang boleh dibuat ia mesti ada sesuatu sebab yang lebih besar dari itu.

Di kalangan orangramai pula cakap-cakap yang paling popular sekali pangkah tolak nama Wan Azizah kerana ia dianggap satu nepotism.

Istilah parti anak beranak kebelakangan ini sudah sinonim dengan PKR dan DAP.Lihat sudah barisan keluarga Anwar,Lim Kit siang dan mendiang Karpal Singh dalam parti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri tidak berselindung mengaitkan pencalonan Wan Azizah itu dengan nepotism.

"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi Menteri Besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor,"katanya dalam ucapan di majlis rumah terbuka di Dengkil, Selasa malam.

Melihat cara pembangkang kebelakangan ini begitu galak nak korek segala macam yang ada kaitan dengan keluarga orang politik BN termasuk isterinya sendiri,kita tidak boleh salahkan Najib melihat dari sudut itu.

Istilahnya jelas ini cakap tidak serupa bikin...apa lagi nak lantik isteri sendiri sebagai Menteri Besar.

Dalam politik selalunya apa yang tertera diatas kertas seperti latar belakang dan kelayakan akademik tidak menjadi kriteria utama.

Ini kalau kita bercakap dalam konteks Wan Azizah sebagai Presiden sebuah parti yang Anwar cuba jadikan alasan utama memilih isterinya.

Jangan cakap dengan orang-orang dari parti lawan tetapi tanya orang-orang PKR sendiri apa persepsi mereka tentang Wan Azizah selama ini.

Apakah mereka pernah rasa Wan Azizah itu Presiden parti mereka dalam ertikata sebenar?

Komentar yang paling popular kita akan dengar beliau cuma jadi ' pak pacak' untuk Anwar sahaja.

Juga tanya wartawan politik mana yang pernah merasakan Wan Azizah ada nilai berita sebagai seorang Presiden parti.

Selama ini pun kalau wartawan nak dapat komen muktamad mengenai pendirian parti itu mengenai sesuatu isu...orang yang akan dicari ialah Anwar bukan Wan Azizah.

Bukan saja tidak dianggap penting oleh media malah Wan Azizah tidak mewujudkan sesuatu impak besar dalam arina politik tanahair selama ini.

Wan Azizah sudah dilihat menjadi pak pacak sejak jadi Presiden Parti Keadilan Nasional,Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang.

Apa lagi di Permatang Pauh beliau beri laluan kepada Anwar manakala di Kajang beliau terpaksa celah masuk kerana Anwar tidak boleh bertanding.

Jadi kalau Anwar nak cakap banyak tentang kelayakan Wan Azizah sebagai Presiden PKR...kata orang sendiri mau ingatlah

Melihat secara keseluruhan rasanya tidak salah kalau siapa saja akan mengandaikan jika Wan Azizah jadi Menteri Besar...maka Menteri Besar sebenarnya ialah Anwar.

Tentu semua orang tahu siapa sebenarnya yang selama ini jadi orang paling utama dalam PKR menghadiri semua mesyuarat termasuk mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sekalipun rasminya Wan Azizah ialah Presiden PKR.

Anwar ialah Ketua Umum PKR,yang bukan suatu jawatan rasmi parti.

Ada yang mulut lazer dakwa kita akan menyaksikan kemunculan Menteri Besar 'remote control' yang pertama di Malaysia menerusi Wan Azizah.

Maaf cakap...persepsi itu datang dari penilaian orang keatas track record Wan Azizah sendiri selaku Presiden PKR.

Kalau lihat kiri kanan tidak ada Presiden sebuah parti politik lain di negara ini yang ' sepi' seperti Wan Azizah.

Memasuki babak terbaru krisis jawatan Menteri Besar gelanggangnya kini adalah lain dari yang lain.

Ini bukan lagi bab nak bergasak dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.Beliau sudah angkat bendera putih nak letak jawatan.Cuma Sultan minta tangguh hingga Menteri Besar baru dilantik.

Gelanggangnya kini ialah antara Anwar atau PKR dan DAP dengan Istana Selangor.

Sekalipun Istana Selangor tidak pernah membuat kenyataan rasmi menolak Wan Azizah namun ' membaca' dari senario kebelakangan ini tidak ramai pemerhati yang berani bertaruh nama Wan Azizah akan lekat.

Lojiknya mudah...jika Istana Selangor terima Wan Azizah sebagai Menteri Besar.. Khalid sudah kena kemas barang di pejabatnya selepas mengadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan awal petang Selasa lalu.

Juga lojiknya kenapa perlu lagi Istana Selangor meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat kemuka lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan.

Ini mungkin kerana formaliti sebelum baginda Sultan membuat keputusan....dan ia juga mungkin kerana nama Wan Azizah sudah tidak masuk buku.

Anwar dan gengnya yang terus hendak sogok nama Wan Azizah pada Istana Selangor bukanlah orang baru dalam arina politik.

Ibarat nak mengurat...kita sudah boleh baca orang sebelah sana nak terima atau tidak.Ia tidak semesti dengan kata-kata.

Kata orang kalau tak faham-faham lagi entahlah.

Undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor cukup jelas.Sultan Selangor memegang kata putus ikut budibicara baginda siapa yang hendak dipilih.

Jika nak melawan...sila selak sejarah isu lantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu.Itu kisah Menteri Besar BN sendiri yang 'tergelincir' kerana tidak dapat perkenaan Istana.

Selepas pilihanraya umum ke 12 pada  2008,nama Datuk Seri Khaled Nordin  hangat disebut-sebut sebagai Menteri Besar baru Johor.Namun Datuk Ghani Othman kekal.Peralihan itu cuma berlaku selepas PRU13.

Atau kalau nak tahu lebih lanjut Anwar,PKR dan DAP boleh ajak Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh atau Khaled sembang teh tarik bercerita mengenai pengalaman masing-masing.

Sekurang-kurangnya dalam bab libatkan budibicara Istana,kalau Wan Azizah tak lekat nanti...mereka tidak akan berani nak cakap 'ini semua salah UMNO'

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana