SIAPA AKAN MENANG DALAM PERTEMBUNGAN INI..PAS ATAU PKR??

Banyak kebenarannya apa yang ditulis oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan..PAS sendiri pun sedar yang mereka terpaksa mengadai maruah dan prinsip parti mereka hanya untuk menjaga hati PKR dan DAP.. Tapi lama mana perkara ini harus berlarutan???

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi PKR Negeri Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir yg tetap juga berkeras mahukan calon PKR bagi PRK DUN Pengkalan Kubor dan dgn angkuh dan sombong mengatakan bahawa kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah milik PKR dlm Kongres PKR di Shah Alam baru-baru ini.

Adalah dgn ini barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ingin mengingatkan kepimpinan PKR supaya memahami maksud sebenar "Tahaluf Syiasi" PAS dlm PR dan PKR harus belajarlah utk mengenang sejarah. Bagi menghormati kerjasama PAS, PKR dan DAP dlm Pakatan Rakyat maka PAS telah mengorbankan beberapa kerusi Parlimen dan DUN kpd PKR walaupun hakikatnya PAS tahu bahawa kerusi yg akan ditandingi oleh calon PKR amat sukar utk dimenangi tambahan apabila calon PKR yg dipilih langsung tidak dikenali masyarakat setempat, tiada kredibiliti dan bersifat suka mementingkan diri.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor asalnya adalah milik PAS dan diserahkan kpd PKR dlm pilihanraya 2008 dan 2013. Calon PKR telah kalah dua kali berturut-turut dlm di DUN tersebut dan kini PKR dgn penuh lagak dan sombong masih mahu meletakkan calon mereka juga di situ walaupun hakikatnya semua pasti bhw PKR akan kalah! Adalah amat malang sekali apabila nama yg disebut sbg calon PKR adalah calon yg pernah kalah di kerusi yg sama dlm pilihanraya lepas. Apakah nama beliau dicalonkan semula sebagai membalas budi kerana beliau merupakan antara org yg mengangkat Ab Aziz Ab Kadir sbg Pengerusi PKR Negeri dan merupakan "org kuat" kpd Timb. Presiden PKR, Azmin Ali?

Umum juga mengetahui bahawa PKR dan DAP tiada jentera pilihanraya berbanding PAS. Dlm setiap kali pilihanraya yg ditandingi PKR, DAP atau PAS sendiri, hanya jentera PAS yg bertindak menggerakkan pemasangan poster, kempen, meraih undi, ziarah dan lain-lain. Tanpa jentera PAS amat sukar calon-calon PKR atau DAP memenangi kerusi DUN atau Parlimen tapi apabila PKR atau DAP menang maka PAS langsung tidak dipandang!

PAS telah byk berkorban kpd PKR dlm isu Menteri Besar Selangor. Tidakkah PKR sedar bahawa PAS memenangi paling bany
ak kerusi di Selangor tetapi rela menyerahkan jawatan Menteri Besar kpd PKR walaupun kebanyakan keputusan yg dibuat Ketua Umum PKR dan Pengarah Strategik PKR membelakangi prinsip PAS? PAS rela menggadai prinsip dan maruah parti utk PKR bahkan dlm isu Menteri Besar Selangor, PAS yg paling banyak tercalar maruah sehingga mengakibatkan perpecahan dalam PAS sendiri.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyeru kepimpinan PAS Pusat supaya mengembalikan kerusi DUN Pengkalan Kubor kpd PAS kerana hanya calon PAS yg mampu memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor berbanding PKR yg sememangnya ditolak dan dibenci oleh rakyat Kelantan! Buat apa letakkan calon yg sememangnya diketahui akan kalah? Bukankah itu perbuatan sia-sia dan membazir?

Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri Kelantan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana