Rumah Guan Eng Dilempar Bahan Letupan Buatan Sendiri

PULAU PINANG 31 Ogos - Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pin Horn dekat sini dilempar dengan bom buatan sendiri yang meletup kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Ketika kejadian difahamkan Guan Eng dan ahli keluarganya berada di dalam rumah dan tiada kecederaan dilaporkan kerana bom molotov koktail yang dilemparkan meletup di kawasan parkir kereta.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penelitian terhadap kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah Guan Eng dan bertindak melemparkan bahan letupan itu sebelum melarikan diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana