PKR dan DAP yang bertegas untuk menyembahkan 1nama sahaja Kepada Sultan...Ini Sudah Melampau

Kenyataan bersama Saifuddin Nasution dari PKR dan Tony Phua dari DAP yang bertegas untuk menyembahkan 1nama sahaja untuk diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru, dianggap biadap dan bertujuan merendahkan martabat Baginda Tuanku.
Mereka seolah olah mencabar keputusan Baginda Sultan yang mahukan lebih dari 1nama dimajukan kepada Baginda untuk dipertimbangkan ke jawatan Menteri Besar.

Inilah satu contoh keingkaran yang sedang ditonjolkan oleh puak Pembangkang dengan gaya yang sombong dan tidak beradab bagi mencerminkan penentangan mereka kepada titah Di Raja yang sekali gus mempamirkan kebencian mereka terhadap sistem Pimpinan Raja Berpelembagaan.

Mengikut Perlembagaan Negeri, Baginda Sultan dijamin haknya bagi menentukan siapa yang Baginda fikir layak dinobatkan sebagai MB, asalkan seseorang anggota Dewan yang dicalonkan ke jawatan tersebut diakui mendapat sokongan majoriti anggotanya.

Dalam hal yang sedimikian, sudah tentulah Baginda mahu, hanya individu yang terbaik dari segi penilaian baginda, dan rakyat negeri Selangor sendiri dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Malangnya, Pakatan Rakyat pura pura tak memahami apa yang tersirat dihati Tuanku.
Mereka berterusan menunjukkan sifat " Kurang Ajar " yang keterlaluan melalui sifat ketegasan yang mahukan, hanya nama Wan Azizah sahaja diperkenankan.
Pembaca yang saya hormati sekelian,
Suka atau tidak, sistem Raja Berpelembagaan yang wujud di negara kita ini bertujuan dijadikan sebagai "BENTENG TERAKHIR" kuasa Ketuanan Melayu.

Sebarang percubaan untuk menceroboh dan menidakkan keistimewaannya, wajib ditentang habis habisan walaupun ianya ketahap menuntut pengurban nyawa yang besar.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana