MUSLIMAH BERPURDAH BUAT KEJUTAN SERTAI DAP BERBANDING PAS....BIAR BETUL NI?

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Seorang gadis berpurdah yang diketahui sebagai seorang penyokong dan aktivis tegar Pakatan Rakyat, Melati Rahim semalam telah membuat kejutan apabila mengisytiharkan dirinya menyertai parti DAP . Beliau yang sebelum ini bergiat aktif didalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pembelaan terhadap wanita berkata bahawa tujuan beliau menyertai DAP adalah sebagai menjadi satu platform buat dirinya untuk berjinak-berjinak di dalam politik disamping meluahkan pendapatnya dalam isu-isu berkaitan hal politik di negara ini.

Beliau sebelum ini pernah menerbitkan satu buku kontroversi bertajuk 'Pelacur Kelas Atasan' dilihat telah menongkah arus dengan imej dirinya dimana sebelum ini gadis berpurdah seringkali dikaitkan dengan perjuangan Parti PAS dimana asasnya dilihat lebih kepada perjuangan Islamik. Melati yang ditanya mengapa memilih parti DAP dari menyertai PAS berkata bahawa apa yang diperjuangkan oleh DAP dilihat lebih dekat kepada dirinya dimana asas perjuangan berasaskan keadilan dan kesaksamaan menyeluruh sejajar dengan apa yang dituntut  di dalam Islam.

"Kemanusiaan adalah tunjang utama. Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang di gagaskan oleh islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. Dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting."ujar beliau dipetik dari media pro pembangkang semalam.

DAP sebelum ini telah mengrekrut dua ikon Gadis Melayu, Dyana Sofya dan juga Rara Othman sebagai satu daya tarikan terbaru untuk meraih sokongan dari kalangan pemuda dan pemudi dari kalangan kaum Melayu. Ini kerana pemimpin DAP amat yakin bahawa sokongan dari golongan muda kaum Cina dilihat cukup utuh bersama DAP dan amat sukar di tembusi kembali komponen Barisan Nasional. Kini pengrekrutan ikon golongan muda Melayu ke dalam barisan saf DAP dilihat semakin galak dan menurut sumber dalaman parti tindakan itu dilakukan untuk persediaan bagi menghadapi PRU ke 14 dimana sasaran mereka untuk meningkatkan peratusan undi Melayu dengan meletakkan calon dari kalangan ikon-ikon muda ini nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana