Krisis MB: Anwar sifatkan PAS tak faham prinsip Pakatan

PUCHONG: Jika sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung sikap PAS yang 'liat' menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun hari ini beliau tampil menegur sikap parti Islam itu.

Walaupun teguran itu disuarakan dalam nada yang tidak keras, namun jelas Ketua Umum PKR itu kecewa dengan PAS yang masih lagi bermain tarik tali dan disifatkan sebagai 'tidak faham prinsip'.

"(PAS) secara rasmi mahu bersama Pakatan Rakyat walau beberapa kenyataan bercanggah dengan keputusan awal. Sebab itu saya tegur.. Sebab itu saya tanya, Adakah benar PAS tak mahu sokong Azizah sebab wanita?

"Kalau ada alasan betul, kita boleh wacana.. tapi kalau bimbang Tuanku tak setujulah, jadi kena hantar dua tiga nama...saya kata, ini soal prinsip, kalau nanti PM tiga nama, MB tiga nama.. Ini soal prinsip," katanya dalam program Dialog Anak Muda, di sini hari ini.

PAS sebelum ini terpaksa  'mengambil masa' bagi membincangkan pencalonan Wan Azizah di kala dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP sebulat suara menyatakan sokongan kepada ADUN Kajang itu.

Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang membincangkan perkara tersebut pada 17 Ogos lalu kemudiannya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah, namun PAS bertindak mengemukakan satu nama tambahan lain, iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pimpinan Paktan Rakyat pada hari yang sama kemudiannya memutuskan untuk mengangkat nama Wan Azizah sebagai calon tunggal, memandangkan Azmin mengambil keputusan untuk mengundur diri.

PAS bagaimanapun dalam sidang medianya pada 25 Ogos lalu dalam pada itu juga menyerahkan calon tersebut kepada Sultan Selangor selain mengesahkan bahawa 13 ADUN partinya tidak perlu menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Wan Azizah, sekaligus menghantar mesej bahawa pemimpin wanita itu tetap ditolak oleh PAS.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam pada itu juga membidas PAS kerana bertindak mencalonkan nama Azmin tanpa merujuk kepada empunya badan terlebih dahulu.

Malah beliau dalam pada itu juga berkata, sekiranya Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor, perkara tersebut adalah 'sejarah' baru dalam negara ini.

Ini kerana katanya tidak pernah mana-mana pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti ditolak untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Kalau Sultan tolak itu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dan mana-mana negara yg pakai sistem 'westminster'," katanya.

Anwar maner pernah mengaku salah... semua kesalahan dituding kepada orang lain... walhal krisis dia juga yang startnyer... lepas tu suruh orang lain mengikut mcam lembu kena cucu hihung... sedang perkara perlantikan Menteri Besar bukanlah isu susah kalau anuar masa mula mula dulu mengajak bincang dengan PAS dan DAP... tetapi ini tidak... anuar seolah-olah naki tunjuk ada kuasa veto.... nuar saja yang betul... ini yang sebenornya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana