Kedegilan DAP, PKR Cetuskan Krisis Perlembagaan Negeri

 KUALA LUMPUR 28 Ogos - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terus berdegil mengemukakan hanya satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilihat bakal mencetukan krisis Perlembagaan di negeri itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak (gambar) berkata, hal demikian kerana tindakan tersebut seolah-olah memberi kata dua kepada Sultan Selangor supaya baginda akur dengan pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

Katanya, tindakan PKR dan DAP itu menunjukkan kedua-dua sekutu pakatan pembangkang tersebut secara terbuka mencabar kemuliaan serta kedudukan institusi beraja di negara ini khususnya di Selangor kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, Sultan mempunyai keistimewaan tertentu atau kuasa prerogatif dalam pelantikan Menteri Besar.

"PKR dan DAP perlu akur dengan titah Sultan Selangor sekarang. Kalau mereka tetap kemukakan satu nama, itu secara jelas menderhaka terhadap titah Sultan. Ini menunjukkan sikap yang tidak beradab. Pada saya, ini adalah satu kebiadapan yang tidak pernah dilihat sejak kita merdeka.

"Tindakan ini menunjukkan sikap melampaui batas berpolitik yang telah diterima sebagai amalan baik dalam negara ini sejak sekian lama demi mewujudkan keharmonian dan demokrasi. PKR dan DAP perlu menghormati institusi raja," yang dipetik Utusan Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan yang dicapai PKR dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor selain berharap Pas juga akan berbuat demikian.

Kenyataan itu jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang meminta setiap parti iaitu Pas, DAP dan PKR mencadangkan lebih dua nama daripada parti dalam pakatan pembangkang dan daripada senarai itu, baginda akan menentukan calon Menteri Besar yang layak.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapat, meskipun Sultan Selangor meminta lebih dua nama daripada setiap parti, PKR dan DAP dijangka tidak berganjak dalam mencalonkan Wan Azizah.

"Jika tiada calon lain yang dicadangkan dan jika calon itu tidak dipersetujui kerana tiada calon pilihan, Sultan akan merujuk kepada calon lain yang dikemukakan oleh Pas. Ini akan menjadi satu kerugian kepada PKR," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana