Guan Eng Cabar Ketua Polis Negara : 'Kalau Nak Lawan, Berdepan dengan Saya'

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar berdepan dengan beliau jika ada sebarang niat untuk menjatuhkan kerjayanya ekoran kenyataan mendakwa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Beliau yang berang dengan kenyataan itu bertegas akan mempertahankan PPS dan akan menentang mana-mana pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendesak agar PPS Pulau Pinang dibubarkan.

"Saya hendak beritahu kepada mereka termasuk Ketua Polis Negara, kalau nak lawan dengan saya, terang-terang berdepan dengan saya.

"Jangan kerana mahu susahkan (kerja) saya, kamu gunakan PPS (Pulau Pinang) untuk kenakan (jatuhkan) saya.

"Nak kenakan saya, saya boleh tunggu (kamu) ," katanya merujuk rakaman video yang tersebar di laman sosial dalam satu majlis di Pulau Pinang di hadapan penyokongnya.

Beliau turut menuduh terdapat pihak yang didakwanya sebagai parti Pro Barisan Nasional (BN) telah menghasut PDRM dengan mempertikaikan status pendaftaran PPS Pulau Pinang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat

Katanya, PPS tidak akan sama sekali tunduk dengan desakan itu malah ianya merupakan satu cabaran buat dirinya dalam berhadapan dengan ancaman musuh-musuh politiknya terutamanya kerajaan BN.

"Empat tahun kita lancar PPS, tak ada masalah, sekarang hanya kerana ada parti-parti pro BN, mereka telah memanggil pihak-pihak tertentu, cucuk (hasut) supaya ambil tindakan terhadap PPS," tegasnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan PPS Pulau Pinang adalah menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PDRM mengenalpasti PPS Pulau Pinang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Isu ini mula diperkatakan apabila dua lelaki berusia 30-an telah ditahan polis selepas dakwaan seorang aktivits sosial berusia 51 tahun, mengatakan dirinya dipukul sekumpulan lelaki yang merupakan anggota PPS dalam satu majlis makan malam di sebuah tokong Cina di Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Akibat kejadian tersebut, lelaki yang juga seorang peniaga itu mendakwa mengalami kecederaan di mata dan bahagian belakang badan.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana