DAP MULA TAKUT DENGAN AKTA HASUTAN DAN SERANG NAJIB

DAP mengecam keras di atas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya membuat janji kosong apabila menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Sebagai mana berkata, tindakan mengheret parti lawan ke mahkamah di bawah akta itu, jelas menunjukkan sangat bertentangan dengan janji Najib mengenai reformasi politik.

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran menuduh Najib menggunakan Akta Hasutan sebagai satu senjata demi memusnahkan musuh UMNO/BN. Serangan DAP terhadap Perdana Menteri ini membuktikan bahawanya pembangkang kini semakin takut dengan tindakan kerajaan melalui Akta Hasutan.

Walaupun demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak melakukan perubahan perundangan yang ianya untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Terdahulu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diguna pakai sebagai senjata untuk menyekat perbezaan politik dan para pengkritik kerajaan dan terkini Akta Hasutan pula dijadikan senjata baru kerajaan.

DAP mendakwa berdasarkan apa yang berlaku Najib hanya akan dikenang didalam sejarah reformasi palsu dan juga turut mencabar Najib agar memberhentikan penganiayaan politik terhadap parti pembangkang serta perlulah Najib melawan melalui saluran yang betul berasaskan prinsip demokrasi.

Menyingkap kembali pada tahun 2012, di mana Perhimpunan Bersih 3.0 yang menarik ribuan rakyat, Najib telah mengatakan kepada kumpulan bersih 3.0 "bersainglah di peti undi kalau anak jantan".

DAP juga mencabar Najib untuk memberhentikan dari menyalahgunakan Akta Hasutan terhadap parti pembangkang dan melawan secara adil dan saksama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebagaimana yang diketahui, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga telah disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung artikelnya mengenai kematian Teoh Beng Hock yang telah diterbitkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana